Thursday, June 19, 2008

Apam Gula Hangus


Aku baru je siap buat Apam Gula Hangus... Resepi aku dapat dari jiran yang menjual kuih ni.....3 RM 1.00....Hishhhhh!!!! laku kuih dijual....selain apam, pau dan karipap pun aku minta resepi.....1 laci resepi aku... kalau aku rajin mana-mana yang aku berkenan aku try buat. Cam biasa la, esok aku bawak pergi office bagi kawan-kawan rasa. Nak resepi ke????

Apam Gula Hangus

Bahan A
1 cawan gula - utk buat gula hangus
1 cawan Air

Bahan B
3 gelas/ cawan tepung gandum
1 tin kecil susu pekat manis
1 cawan gula
5 biji telor
1 sudu besar soda bikarbonat

Cara-caranya
masak gula hingga keperangan tuang air sedikit-sedikit (untuk mengelakkan dari terperecik kat badan, sakit ooooo)

gula, telor dan soda blend hingga gula hancur , tuang susu
gula hangus campur tepung gandum, kacau dan campur dengan bahan yang blend tadi, blen lagi sampai semua bahan sebati, biarkan selama 1 jam... masuk dalam acuan atau loyang dan kukus

Selamat mencuba.

Anak Kucing Siapa la ni...


Aku bengang betul lah, ni anak kucing sapa pulak. Kesian aku tengok. Aku suruh Zarith bawak balik bukan main suka zarith dan zaim. Petang tadi aku mandikan guna syampoo "tak pedihkan mateeee". Lepas mandi aku bagi susu tak nak le pulak....nak mati ke apa kucing ni....aku gosok-gosok kepanya terus terlelap.. laaaa ngantuk rupanya kucing ni. Aku panggil kucing ni CANTIK .... dulu aku ada kucing namanya GEBU.. Aku dah hantar balik kampung, Tapi!!!!!! gebu ni semenjak dah ada anak tak segebu duluuu.. anaknya lagi lee... aku nak bela pun tak selera, At last kena buang ngan opah....sian gebu. Tu lah pasal blog aku namanya GEBU.

Tuesday, June 17, 2008

Kuih Tepung Talam


Semalam aku buat Kuih Lapis, lupa lak nak ambik gambar. 2 kali aku buat kuih lapis baru semalam hasilnya membanggakan, dan dengan bangganya aku bawa pergi office, licin. Malam tadi aku try buat Tepung Talam , kawan aku nak belajar ngan aku, sebelum aku bagi resepi baik aku try dulu, dibuatnya aku bagi resepi minah tu buat tak jadi..... tak ke parahhhhh. Seperti biasa kawan-kawan aku jadi mangsa tukang rasa.

Tepung Talam

Lapis Atas (Bhn A)

1 Cawan Tepung Beras
2 Cawan santan
sedikit garam

Lapis Bawah (B)

1 Cawan Tepung Beras
2 Sudu Tepung Gandum
Gula Merah
1/2 Cawan Air
2 1/2 cawan santan
1 sudu gula (kalau nak rasa manis)

Cara-caranya

Bahan A campur semua kacau atas api sehingga agak pekat dan tuang kedalam loyang (sapu sedikit minyak) kukus dalam 3 minit
Bahan B, (Gula merah rebus dengan 1/2 cawan air)
campur semua bahan B kacau atas api sehingga agak pekat, tuang atas Bahan A dan kukus lagi dalam 10 minit.

Saturday, June 14, 2008

ZAHRAH


Anak aku yang sorang ni,, semenjak dua menjak ni dah pandai nak melaram. Susah hati zahrah dengan gigi dia yang terkedepan sikit, aku ingatkan bila dah buat appointmen kat Hospital Kajang, dah boleh le buat pendakap, rupanya waiting list. Aku dah ada anak dara sunti rupanya, baju, make up waimah apa saja yang aku ada semua dia nak. Asal aku nak melaram je,,,, mula le dia jelous.

AEM 7314


Kereta kedua aku selepas Perodua Kancil BGR 1293, Kancil aku jual sebab hubby aku nak beli Avanza, Rupanya hubby aku dah aim Avanza dari hari pertama dia tengok kat Banting. Aku ni memang suka berangan, mulanya aku nak beli Perdana, second hand pun jadilah,aku tengok ijan beli warna hitam. Bengang le aku ijan dah mendahului aku. Nampaknya cadangan aku ditolak, Eleh... hubby aku kata mentang-mentang ada duit. Aku balik Trolak dengar Ajura nak jual kancil, boleh aku beli kut.... tetiba Zul kata nak jual Kenari pulak. Kenari pun boleh lah. Sekarang Kenari sudah bertukar tuan, dari tuan yang bernama Zulkifli Jaafar kepada Noraini Mat Sarji... Ha, ha, ha,. Bapak aku kata cantik Kenari ni, biasalah anak sapeeee yang beli....

NO. 6 JLN BJ 1

Rumah yang dibeli pada tahun 1999.lebih kurang 2 tahun kitaorang tinggal kat rumah tu, 3 tahun sewakan dan akhirnya terjual juga pada harga RM 97,000.00.Hubby aku memang sayang kat rumah tu, Aku??? aku dah buat keputusan untuk berhijrah.

Friday, June 13, 2008

Gambar

gambar emak bapak aku,posing cantik punya.Bapak aku kalau pergi mana-mana tak pernah tinggal emak aku, kiranya kalau kat kampung Sg. Nipah semua orang tau mana ada bapak aku kat situ ada emak aku.
"jangan tinggal daku ohhh... kasih".