Thursday, February 12, 2009

KURSUS TEAM BUILDING



26, 27 & 28 Disember 2008

Aku pergi kursus team building di Langkawi... Ini adalah insentif untuk kumpulan koir. Maklumle kalau ada program kumpulan inilah yang akan mensumbangkan suara... lagu tahun baru cina pun kami boleh nyanyi... Terpegun menteri dengar sambil senyum2. Menteri Perusahaan Perladangan & Komoditi Dato' Peter Chin Fah Kui tanya lagu bahasa apa kami dendangkan ....kah!kah!kah!

Aku pergi kursus baru 3 hari zaim asyik call je. Tu yang aku malas nak pi kursus bermalam... tak menenangkan jiwa. Bila tengok gambar aku di Langkawi anak2 pun menuntut nak pg sebab masa tahun 2006 aku & hubby bawa tak sampai ke Tasik Dayang Bunting...

Kos perjalanan tu yang hubby aku pening... bukan ada sedara mara tinggal di Langkawai..nak sewa kereta lagi ...pendek kata tak payah le pergi budjet untuk bercuti tak masuk belanjawan 2009.

Wednesday, February 11, 2009

MENEBANG POKOK



Gambar yang ni aku tak sabar2 nak masuk blog. aku bangga sungguh. hubby ngan jiran aku menebang pokok kat belakang rumah.

Abang Lan pun buat lawatan mengejut...nak tengok pokok yang berjaya ditebang.....Akuuuuu lagi le siap ambik gambar. Mesti jiran aku heran apasal isteri dia ni poyooonya.

CAMPING


6 Feb. 2009

Jauh tu zarith nak pergi camping...hari selasa zarith tanya kat mana letak khemah. Hari Jumaat aku balik kerja dah tegak khemah tepi rumah aku... Laaaa!!!! kat situ nak berkhemah...

8.00 mlm dah sebuk bawak bantal... Zaim, Zarith, Afiq dan Abg Chik(anak Jiran aku) mlm tu tidur dalam khemah. Aku tak le risau sangat sebab pintu khemah mengadap rumah jiran. Malam2 boleh dia jengok anak2 dari sliding door je. Tengahari pun lepak dalam khemah.


Hari ke 2 aku pasangkan pelita depan pintu khemah, letak kipas angin. Budak2 ni siap panggang ikan ngan ayam dan rebus air guna arang. Hemmmm aku rasa kalau aku rebuskan air dalam rumah pun dah masak. Ni berpeluh2 meniup api. Lantak korang le. Aku masakkan nasi goreng. Zaim aku ajak tidur dalam rumah pun tak nak....Zaim kata dia dah dewasa.

LANGSIR DAH SIAP


Berjaya aku menyiapkan langsir....memang tak layak jadi tukang jahit. 2 bulan aku nak menyiapkannya. Lihatlah hasilnya...Di belakang sofa, langsir hadiah daripada Wanis...
Tq Wanis.
Yang lain aku beli kain langsir di Nagoya. Aku tambah aksesori dengan 4 pasang butterfly.

Aku rasa kalau tukang jahit langsir datang rumah aku..mau nangis terguling2 tengok jahitan aku. Yang pentingnya aku dah boleh jimat RM 200.00 duit tempahan langsir.

Gambar ke 3 tu sudut aku berkareoke dan menonton TV. Budjet tak de nak letak sofa.....tunggulah Cuepec minta kenaikan gaji kakitangan awam ataupun bonus 2009, kalau ada.



Gambar ke 4 kabinet dapur. Setelah puas merayau ke rumah contoh dapat le kami kabinet pilihan hati. Kayu milamin warna hitam 10 x 12 kaki RM4500.00. Tak masuk Sink dan Hud dapur.



Untuk tahun 2008 kami sekeluarga tidak pergi bercuti melainkan duduk di rumah sahaja...budjet ciput. 2009 pun aku rasa cuti balik kampung ajalah.

Friday, January 2, 2009

Kenduri Doa Selamat


26 Disember 2008

Alhamdulilah... selesai dah kenduri... Ayang sorang je yang tak balik... Tok Mat Ribu yang selalu nama naik pun balik juga...
terus ambik tangga betulkan lampu depan rumah....Amat kagum aku melihat kerajinannya.


Seperti biasa aku dan kuncu2 yang berpakaian ala-ala clearner duduk di tempat2 yang strategik... Maklumle muka kurang glamour....

Ni pulak gambo yg jarang diperolehi.... Angah Nasir tak kurang rajinnya ni. kalau bab masak. mmg nombor 1. Dia memang teror buat kerja sempoi je.. Anak anak dia pulak hebat hebat dlm pelajaran wp ayahnya ni selamber mcm Ahmad Busu, jgn mareee aaa angah..

Thursday, January 1, 2009

Raya Korban 2008 di Trolak (Sesi Bergambar)



Berjaya juga abah mengumpulkan anak-anak untuk bergambar..
kecoh.. bukan senang nak menyusun dan mengumpul 8 orang anak...5 dah kahwin 3 kosong lagi... sapa-sapa yang berkenan.... jumpa abah ngan mummy...kalau malu jumpa aku pun boleh..aku buat tapisan keselamatan dulu kalau lulus..10% drpd duit hantaran.

Biasanya tiap kali raya 7 orang anak je yang ada... Tok Mat Ribu @ Tok Mat Projek...selalu balik setelah sesi bergambar selesai, Almaklum le banyak PROJEK. Asal jumpa hubby aku tak de le soalan lain nak ditanya...soalan cepu emas.... Apa Projek sekarang?

Dah selesai bergambar ibu bapa bersama anak..tibalah giliran ibu bapa bersama anak menantu & cucu.... yang ni pun letih juga nak senyum... nak-nak pulak tu kalau camera h/p jenama cam ayam.Boleh cari tak aku kat celah mana?????





Thursday, October 30, 2008

OPAH NGAN TOK WAN


1 Okt. 2008

Baik2 makan sup tu ye opah nanti tercekik tulang. Kalau Raya kat rumah mentua aku memang terkenal ngan sup gear box. Resepinya simple je... sama seperti sup2 yang lain cuma main campak-campak..rasa terlupa halia basuh, ketuk campak...
Bukan macam aku...siap buka buku resepi... buku resepi satu laci....dah 3 kali pindah rumah, buku resepi tu yang aku selamatkan dulu....nak buat warisan turun temurun. Nak mewariskan harta "tak ada harta"....buku resepi tu bahagi 3 orang anak...bila nak masak mesti ingat aku.