Monday, April 20, 2009

Selamat Datang ke KPPK
















16 April 2009

Kementerian aku dapat Menteri Baru YB Tan Sri Bernard Giluk Dompok
menggantikan Dato' Peter Chin Fah Kui yang ke Kementerian Tenaga Hijau dan Air (Kementerian HULK namanya)

Dato' Peter pergi membawa bersama kakitangannya yang berada di Pejabat menteri...
dan YB Tan Sri datang membawa kuncu-kuncunya yang di pejabat lama di JPM.
barulah aku faham rupa2nya kalau bekerja di bawah Menteri atau Timbalan
bila menteri yang berkenaan pindah atau ditukarkan boleh ikut sama....
Bestnya.... kecuali balik rumah atau pencen....jangan sekali-kali nak ikut...nak ikut pun boleh suka hati korang leeeeee!!!!!!










Gambar yang bersedai tu.... sementara menunggu menteri serah tugas ....posing le kejap..

Menteri ditemubual oleh wartawan TV1



Tuesday, April 14, 2009

ANAK KUCING AKU

Ini adalah kucing kesayangan aku sekeluarga....

Yang pertama Shetam,,, umur setahun 1 bulan ... kucing betina baka ibu siam campuran bapak bangla...

kedua Cantik, kucing betina berumur 4 bulan, ibu siam bapak campuran (Officer kat office aku bagi,,, baka kucing sepasang dia beli RM 600.00 ... aku pujuk2 dia bagi kat aku anaknya secara FOC. Suka anak2 aku... sedih ibu kucing anak dia aku ambik)











dan ketiga manja kucing jantan, baru berumur 1 bulan setengah bapak siam ibu campuran. ( Kucing Jiran abang Lan.. beranak kat rumah abang aku...sapa suruh beranak merata...kan dapat kat aku..tuan kucing minta sekor je anaknya)

Sekarang ni tinggallah 3 ekor kucing kat rumah aku dengan makanan dan susu yang berhasiat aku belikan... Tapi ,,,,,,, susu hanya untuk MANJA... yang besar minum RX WATER.



























MENGUNTING RAMBUT


9 April 2009

Aku pergi kursus mengunting rambut. Dah bolehlah kalau setakat nak gunting rambut style layer. Impian aku KALAU ada duit banyak aku nak ada SPA, dalam SPA ada kedai gunting rambut khusus untuk wanita sahaja dan mengadam pengantin bertudung. Aku nak ambik klass mengandam ngan mak nyah hubby aku tak bagi... frust betullll.... hubby aku tak bagi jadi mak andam....

Bulan Jun aku sambung ambik kursus Refleksiologi pulak ... kalau hubby aku sakit kaki boleh aku picit... kat office refleksiologi 20 minit RM 10.00.
yang dalam gambar ni bukan aku yeee... ni peserta kursus...
Harapan aku supaya impian aku menjadi kenyataan.




Monday, March 30, 2009

TEAMBUILDING DI GUNUNG LEDANG


























26 Mac 2009

Teambuilding tahun ni di Gunung Ledang...Seronok cuma tak adventure...Aku kalau boleh panjat gunung biar guna tali...ni guna tangga... apa barang leee...tak takut langsungggggggg.



apa2 pun terima kasih kepada officer yang meluluskan permohonan aku.
Team aku terdiri daripada staff koko Sabah, Sarawak dan Kelantan. ....sangat2 sporting...

Thursday, February 26, 2009

Mesyuarat AKRAM Bil 1/2009 Di Melaka







26 Feb 2009

Jadi urusetia je bukan ahli .. Ahli terdiri daripada pegawai Agensi di bawah Kementerian.

27 Feb. 2009

Diadakan bengkel Art Therapy...sebagai urusetia yang tak berapa setia ni...kena le join...
memang best banyak maklumat dan panduan aku dapat...selain daripada itu aku diajar mengenal manusia melaui Tandatangannya.. dan saranan daripada Penceramah " jangan galakkan anak perempuan terlalu banyak warna pink" sebab pink menjadikan perwatakan
anak menjadi manja.
Pastu warna2 pakaian yang digalakkan pakai.

Isnin - Putih
Selasa - Pink
Rabu - Biru
Khamis - Kuning atau Oren
Jumaat - Hijau
Sabtu - Merah
Ahad - Hitam





Tuesday, February 17, 2009

ZAIM & INSYIRA




Amboi zaim kecik2 lagi dah pandai posing ngan makwe...
kalau mummy tunjuk gambar tu bukan main tersipu2...malu le konon.


Thursday, February 12, 2009

KURSUS TEAM BUILDING



26, 27 & 28 Disember 2008

Aku pergi kursus team building di Langkawi... Ini adalah insentif untuk kumpulan koir. Maklumle kalau ada program kumpulan inilah yang akan mensumbangkan suara... lagu tahun baru cina pun kami boleh nyanyi... Terpegun menteri dengar sambil senyum2. Menteri Perusahaan Perladangan & Komoditi Dato' Peter Chin Fah Kui tanya lagu bahasa apa kami dendangkan ....kah!kah!kah!

Aku pergi kursus baru 3 hari zaim asyik call je. Tu yang aku malas nak pi kursus bermalam... tak menenangkan jiwa. Bila tengok gambar aku di Langkawi anak2 pun menuntut nak pg sebab masa tahun 2006 aku & hubby bawa tak sampai ke Tasik Dayang Bunting...

Kos perjalanan tu yang hubby aku pening... bukan ada sedara mara tinggal di Langkawai..nak sewa kereta lagi ...pendek kata tak payah le pergi budjet untuk bercuti tak masuk belanjawan 2009.