Friday, March 19, 2010

KPPK DLM KENANGAN



22 Januari 2010

16 Jun 2008 hingga 22 Julai 2010...Alhamdulilah....
Akhirnya berjaya juga aku bertukar ke Shah Alam...Aku di tukarkan ke IPK Selangor Bhg Siasatan Jenayah Kormesil....Selama 1 tahun aku berulang alik dari Meru, Klang ke Putrajaya...
Banyak kenangan manis dan masam....
kalau dulu aku pergi kerja keluar dari rumah jam 6.20am sampai office jam 7.15am...sepanjang jln aku dengar radio sinar...aku gelak sorang2 dlm kereta...aku masuk kerja 7.30am.
Sekarang aku pergi kerja jam 7.00am sampai office jam 7.30am...
Setiap pagi aku kejutkan zarith dan zaim bangun tidur....masa aku kerja kat Putrajaya hubby akulah yg uruskan anak2....bila aku dah kerja kat Shah Alam ni....anak2 aku minta aku kejutkan sebelum aku pergi kerja...memang kelam kabut sikit.....kadang2 nak bermake up sambil berjalan.
Aku bersyukur dengan nikmat yg allah beri...

Thursday, January 14, 2010

FAMILLY DAY KPPK 2010


9 Januari 2010


10.30 pg tiba di zoo Melaka. Suka sangat zaim ngan zara dpt tunggang kuda...

RM2.00 kanak2 dan RM3.00 dewasa...elehhh takat pusing2 pokok getah.

longgar lutut aku melayan zarith nak tengok semua haiwan yg ada dlm zoo tu...kalau tengok je tak pe lg siap nak kaji sama tak dengan apa yg dia baca. Ayongnya pun dah bengang campur lapar , member aku dah sampai kat Hotel jam 1.00 ptg aku ada lg kat zoo.

1.45 ptg baru keluar zoo lega rasanya sebab perut aku dah laparrrrrrr.

AIMAN ZAIM ZAHRULLAIL



4 Januari 2010


Dah 6 thn umur anak aku, Susah juga nak cari sekolah untuk Zaim... sebab tak ada pengangkutan. sian Zaim suka sgt nak sekolah.

aku dan hubby register zaim ke sekolah PASTI

hari pertama Zaim di sekolah...malu2 le pulak.

zaim kena naik bas dari nursery dng bayaran RM 30 sbln... daddy kena ambik gambar..sebab nak bg tau abang (zarith) dia berani dan hebat. yealah tu....

Zaim tak boleh bangun lambat...kena bangun tidur sama dengan abang

pergi nursery jam 7.30 pg...7.45 pg bas sampai... tu pun kadang2 terlepas bas sebab daddy hantar lambat, balik nurserry jam 11.00 pg dan balik rumah jam 5.45 ptg

abang ambik naik basikal sebab nak tunggu aku kdg2 lambat.

Sunday, December 6, 2009

SUKAN TRADISIONAL



4/12/2009




Sukan Tradisional: Congkak Batu seremban dan teng-teng..


tak sangka group aku...dapat no.2 dalam acara sukan batu seremban...dah lama aku tak main seremban . 2 hari sebelum pertandingan aku berlatih ngan kawan2...masa sek rendah aku memang suka main seremban dan teng2..tapi dulu tak de syarat macam sekarang ni...


Aku banyak buat kesilapan masa pertandingan bukan sengaja...kalau aku tak banyak buat salah sah2 kemenangan ditangan kitaorang...


Tapi kat off bila kawan tanya .."saja buat kalah...sebab nak balik cepat...kalau menang nanti kena balik lambat" Puyooo je ...

Thursday, December 3, 2009

JaMuan Hari RaYa AidilAdha

27.11.2009





Alhamdulilah....

Selesai sudah jamuan hari raya yang kami (Penduduk Taman Meru Impian) rancang...


bermula dengan aktiviti pada malam hari raya goreng ayam dan rebus nasi impit....1.30 pg baru selesai








Pagi Raya, selepas solat hari raya ... tlg kak Siti (Tukang Masak Kami) masak rendang dan masak lodeh bersama-sama...sehingga pukul 3.30 ptg...

5.00 ptg tetamu mula datang....aku tgk muka jiran2 aku happy sangat.......

tapi sayangnya tetamu yang datang 5.00 petang tak dapat nak rasa BBQ...sebab tukang masak dtg lambat...
10.00 mlm..majlis selesai...

12.30 mlm karaoke sampai 1.30 pg...dah tak larat nak sambung sampai 3.00 pg sebab masing2 dah letih....kebabummmmm..zzzzzzzzzzzzzzzzz












Sunday, November 15, 2009

MEETING JAMUAN HARI RAYA

14 November 2009










Mlm tadi buat meeting kat rumah aku untuk Majlis Jamuah Hari Raya Aidiladha dan Hari Keluarga Taman Meru Impian..meriah giler...meeting tak seberapa mkn je yg lebih....ktorg buat pot luck...jd banyak le menu atas meja..sedap2 tuuu...tak sangka masing2 ada kepakaran memasak...bermula 9.00 mlm sampai 1.00 pg...mlm tu aku buat apam ngan bihun goreng je...

Thursday, November 12, 2009

NGV

3.10.2009











hari ni aku keluarkan NGV dlm kereta ...kat jln pudu KL
terpaksa keluarkan...sebab aku tak pandai nak jaga injin...




kalau nak dikira jimat...memang jimat..perjalanan sejauh 104km hanya rm7.00 je...
dibandingkan dengan skrg minyak petrol ron95 dengan jarak yg sama rm15.00...

habis duit gaji aku kat tol ngan minyak je...tak tau le bila dapat tukar ke Shah Alam.