Sunday, March 3, 2013

BABY BARU

28 Jan 2013...
Ake ke Hospital Sungai Buloh.
1st pic
Tujuan ziarah bapa saudaraku Kanang (telah kembali ke rahmatullah pada 05/02/2013 yang lalu, Al Fatehah), tp bukan Kanang Anak Langkau 
 Aku juga sempat menjenguk anak saudara baru ku....Aisye Adelia Zahrunnahar.

Wellcome......
Ini adalah gambar gambar pertama yang diambil sebaik dia lahir ke dunia.
Orang lain, malah ibunya pun belum tengok, kami dah dapat kiss dia dulu, sbb ibunya masih  belum sedar sepenuhnya akibat ubat bius pembedahan.....

Thursday, February 7, 2013

KURSUS JENAZAH

Kursus ini diadakan pada 11 Julai 2010 yang lalu
Cuba teka siapa model itu...?

SEE YOU IN COURT - PDRM-Bye, bye, bye-Selamat Tinggal

Alhamdulillah....
Tahun ini aku terpilih sebagai Juara Penuh Disiplin PDRM
Ketika aku menghadiri pencalonan untuk peringkat Kebangsaan, rupanya surat permohonan pindahku sudah sampai di Pejabat.
Yesssss...
Akhirnya aku dapat jua aku keluar dari IPK Selangor ini, bukan aku tak suka bertugas di sini, cuma dugaannya terlalu hebat.
Paling syok, aku berpeluang bertugas di Pusat Kawalan IPK PDRM ketika KL112.
Hari ini, aku melangkah keluar..... Terima kasih kepada rakan rakan sepejabat di Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, IPK Selangor., terutamanya Kak Rini, Nor, Ayu, dan lain lain (Sekadar menyebut beberapa nama) Begitu juga kpd bos bos spt Tn Shakri, Hashim, Razak.... InsyAllah anda semua ada dalam ingatan saya. My last word to you all.. SEE YOU IN COURT.... ha ha ha ha.. sebab apa, sbb aku pindah ke Mahkamah Persekutuan... Jangan Marah bro...

Sunday, January 27, 2013

 Ini Zaim dan Zarith di Underwater World Langkawi






 Tertunai hajat anak anakku untuk melihat Pinggu...



Breakfast Station,
 Saya syorkan anda yang ke Pantai Chenang, bersarapanlah di sini. Harganya murah, terletak di hadapan Mc Donald Teluk Chenang, dekat dengan Underwater World


Hotel Helang, Langkawi.

Ain Zahrah dalam Air Asia

Saturday, July 28, 2012

Zarith Mendaftar di MRSM Trolak

08/02/2101

Tentunya tarikh yang amat bermakna bagi anakku Aiman Zarith, hari ini dia mendaftar sebagai pelajar di MRSM Fedajaya Trolak. Alhamdulillah cita cita awalnya termakbul. Hari ini kami semua menghantar dia dari Meru, terus ke rumah abah dan mami di Felda Trolak Utara dulu. Kemudian baru mendaftarkan dia di sekolah barunya.Zarith ceria, tp aku, beercampur baur, gembira kerana impian anakku tercapai, tp sedih sbb terpaksa berpisah dengan dia yang sangat manja.

Terima kasih kepada semua guru guru yang mengajar Zarith, samada di SRK Putrajaya II dulu, atau di SK Meru, dan juga guru tusyennya Cikgu Aedi yang membantu Zarith mendapat apa yang dia idamkan

Monday, February 6, 2012

PERMOHONAN MASUK ASRAMA

Alhamdulillah, akhirnya Zarith dapat apa yang dihajatinya.
Aku dpt sms Tahniah, permohonan anda ke MRSM telah diterima, sila ke http://spmrsm.mara.gov.my/semakan/ untuk mencetak surat tawaran
Alhamdulillah


Friday, September 16, 2011

Zarith UPSR

15 Sept. 2010

Hari ini aku rasa lega sangat...Zarith dah selesai exam UPSR...anak yang nak exam aku yang tak senang duduk...aku doakan yang terbaik untuk zarith...aku dan hubby bukan mengharap keputusan yang cemerlang...tp aku nak zarith berusaha dan jangan putus asa...apa sahaja result exam yang dia dapat...aku terima.