Monday, May 26, 2008

Pantai Remis Perak


Ahad pagi aku pergi Pantai Remis ada majlis kenduri kahwin kawan hubby aku. Perjalanan yang tidak membosankan, dengan pemandangan yang cantik. Sawah padi terbentang luas, saujana mata memandang.




Pukul 12.00 kami sampai kat rumah pengantin, perut aku dah menyanyi riang. Khemah makan lelaki dan perempuan asing, aku tengok orang tak sambut kami datang, aku ajak Zahrah cari tempat duduk, belasah makan je siap tambah-tambah lagi.

Hubby aku nak tunggu pengantin. Dah le sorang pun kami tak kenal, lepak-lepak ajalah depan rumah orang. Tapi!!!!! rumah yang aku nak lepak ni punya lah tradisional. Ini yang buat aku teruja ni, depan rumah siap ada pasu basuh kaki, belakang rumah ada perigi, ada kepuk padi dan bawah rumah ada penumbuk padi. Aku ingat tak de tuan rumah, rupanya ada nenek tua duduk kat dapur, aku saja je cakap nak tumpang basuh tangan kat perigi dia, alih-alih nenek jemput naik. Pucuk dicita ulam mendatang, dengan muka tak malunya aku naik rumah nenek tu bagi tau rumah dia cantik, nenek ni pulak tak berapa dengar. Nenek ni masak pun pakai dapur kayu, siap ada bakul bawang di gantung bersusun kat dapur.

Cendol Oh Cendol


Petang sabtu emak aku ajak pergi Sg. Besar cari baju. Punya le lama, rambang mata emak aku dibuatnya. Pilih-pilih tak jadi. Emak aku kalau pilih baju bapak aku pun tak nak teman. Hubby aku tunggu kat dalam kereta. Terima kasih sayang sebab tak jemu menunggu. Aku tak de plan nak beli pun terbeli baju anak-anak aku. Dah letih cari baju aku ajak emak aku makan cendol. Ini le kedai cendol yang aku suka makan. Hubby aka kata, " rugi Mat Zin kalau aku tak datang". Mamat kedai tu dengan emak dia pun dah kenal muka aku ni. Aku memang minat minum cendol, tapi... cendol yang paling sedap kat Sg. Besar juga.

Zaim


Pagi-pagi lagi anak aku dah meniarap depan Lap Top. Bertuahnya anak-anak sekarang, Zaim baru berumur 3 tahun 5 bulan dah pandai guna Lap Top. Suka sangat le dia daddy ajar main game.

Wednesday, May 21, 2008

18.05.2007 jom jalan-jalan





Hari ni aku pergi aerobik. Hubby aku pusing padang ngan anak2 pastu terjun kat swimming pull. dah tua-tua ni elok le jaga kesihatan.

Selepas aerobik kitaorang pekena teh tarik ngan nasi lomak. mahalnya mak oi, cam makan tengah hari.
dah kenyang tengok pulak show Room kereta Perodua Nautica. Sah-sah aku tak mampu nak beli, takat jamu mata je, tadi jamu tekak, ni mata pulak, Pehhh!!!! RM 89,900.00. Nak beli Kenari pun seminggu tak tidur malam dok mikir nak beli ke tidak, tu baru RM 15,000 ini pulak 89,00.00. Hubby aku dok tanya-tanya kat salesman tu, cam nak beli sangat. Sian aku tengok mamat tu, tengok muka kataorang pun mamat tu dah tau muka tak mampu nak beli. ZaritJustify Fullh pun tumpang sebuk ambik gambar kereta.

12.50 tgh.

Entah mimpi apa hubby aku tetiba je ajak pergi Low Yatt nak beli Notebook. Tu le hubby aku tak boleh ada duit ada je idea nak membeli. Call Pak njang ajak teman. Pukul 3.50 petang baru pergi. Setelah 2 hari pergi survey akhirnya dapat le bawa balik Notebook dengan harga RM 2999.00 kurang RM 1.00 RM 3,000.00. Seperti biasalah orang paling gumbira anak-anak aku le ada peluang main game dalam kereta. Beruntung anak-anak sekarang kecik-kecik dah pandai guna Lap Top.



Saturday, May 17, 2008

Layar air terbesar di dunia




17.5.2008

Hari ni aku ngan hubby aku pergi tengok pertunjukan skrin air terbesar didunia. hemmm tak canggih mana pun. Orang yang tengok berdunyun2. Entah apa yang seronoknya aku pun tak tau le. Bukannya lama 15 minit je.