Sunday, April 26, 2009

Kursus Mengunting Rambut Fasa II















26 April 2009

Kursus Fasa II, kelas diadakan di De'Fiffy Hair & Beuty Saloon , Banting Selangor.
Instruktur kursus Pn. Fatimah Hj. Ahmad...ni sambungan daripada fasa I... belajar cara mengunting rambut Layer U , Layer V dan mencuci rambut. siap urut2 lagi.
Nampak macam senang, tapi bila praktikal susah juga...
untuk langkah keselamatan.... aku beli gunting layer...
sesiapa yang berminat nak mengunting rambut secara percuma...
datang le ke rumah aku di Meru...

yang ni suzana, dah ada Butik Pengantin & Kecantikan
(Hazana Kreatif) di Banting, Selangor.



yang sedang dicuci rambutnya
ni Kak Sabariah ada Beauty, SPA & Collection Impian Sabariah
di bandar Sungai Emas Banting.
Satu-satunya peserta bangsa cina..Fiona
dah 3 tahun kerja di kedai gunting rambut...memangle teror
laju je dia gunting rambut...bukan cam kitaorang ni dok terkial-kial.
pegang gunting ngan sikat pun asyik salah je.
Fiona ni nak ambik sijil ngan kolej
pas tu dia nak buka kedai sendiri.
bukan cam aku..belajar tak sudah-sudah.
Nak tengok gambar lagi buka facebook aku.







Wednesday, April 22, 2009

Kontan.Fotopages







Dalam Blog Make Up di Office ada aku tulis nak
tunjuk kat you all gambar yang kawan aku ambik...
ni gambar yang ada dalam simpanan aku...
nak tengok gambar seterusnya
boleh layari http://kontan.fotopages.com

Tuesday, April 21, 2009

Grading Takewondo Bil.1/2009










19 April 2009
2.00 petang, zarith grading lagi...nak tukar tali pinggang
Pas ni pakai Tali hijau plak...




Hubby aku datang lambat...tak banyak gambar dapat ambik....Grading dah 3 kali tapiiiiii... manja tu yang aku tak tahan...tak dapat cari kucing pun boleh nangis....
Tak tau le zarith kalau tinggal di asrama entah camana leeeee...
Hubby aku nak masukkan astro zarith tak nak yang dinaknya Robot harga RM1000. Robot PHILLO... aku kata "belajar rajin2 dah kerja beli sendiri".
Aku nak beli Felisa pun tak mampu .... Tak tau le dapat rezeki terpijak...(pijak taik kucing ada le)

Monday, April 20, 2009

MAKE UP DI OFFICE









17 APRIL 2009

Ini le satu2nya class yang diadakan di tepi meja..tanpa bayaran.

Terima kasih kepada model yang sporting sanggup bagi muka kat aku
untuk di make up kan....
Nak jadi juru make up bukan mudah...
kena le belajar selalu.... lagi2 free cam ni ...ada kawan yang bermurah hati nak ajar
Kawan aku ni ada bakat semula jadi...tangan dia cukup kretif dan berseni...setakat belajar di office je....sekarang dah jadi jurufoto dan boleh make Up pengantin.

Pekej yang ditawarkan bermula dari RM 1500 dan ke atas. harga murah sebab dia masih tahap amatur lagi. Gambar yang diambil...Fuhhhhhh aku terkasima seketika...memang cantik.

Aku salute kat member aku ni. Orang perempuan tau... nanti aku masukkan dalam blog gambar2 yang diambil. 24.4.2009 aku dan dia
bercadang meneruskan lagi class..kali ni kena cari tempat yang sesuai...

banyak gangguan la....

Selamat Datang ke KPPK
















16 April 2009

Kementerian aku dapat Menteri Baru YB Tan Sri Bernard Giluk Dompok
menggantikan Dato' Peter Chin Fah Kui yang ke Kementerian Tenaga Hijau dan Air (Kementerian HULK namanya)

Dato' Peter pergi membawa bersama kakitangannya yang berada di Pejabat menteri...
dan YB Tan Sri datang membawa kuncu-kuncunya yang di pejabat lama di JPM.
barulah aku faham rupa2nya kalau bekerja di bawah Menteri atau Timbalan
bila menteri yang berkenaan pindah atau ditukarkan boleh ikut sama....
Bestnya.... kecuali balik rumah atau pencen....jangan sekali-kali nak ikut...nak ikut pun boleh suka hati korang leeeeee!!!!!!










Gambar yang bersedai tu.... sementara menunggu menteri serah tugas ....posing le kejap..

Menteri ditemubual oleh wartawan TV1



Tuesday, April 14, 2009

ANAK KUCING AKU

Ini adalah kucing kesayangan aku sekeluarga....

Yang pertama Shetam,,, umur setahun 1 bulan ... kucing betina baka ibu siam campuran bapak bangla...

kedua Cantik, kucing betina berumur 4 bulan, ibu siam bapak campuran (Officer kat office aku bagi,,, baka kucing sepasang dia beli RM 600.00 ... aku pujuk2 dia bagi kat aku anaknya secara FOC. Suka anak2 aku... sedih ibu kucing anak dia aku ambik)











dan ketiga manja kucing jantan, baru berumur 1 bulan setengah bapak siam ibu campuran. ( Kucing Jiran abang Lan.. beranak kat rumah abang aku...sapa suruh beranak merata...kan dapat kat aku..tuan kucing minta sekor je anaknya)

Sekarang ni tinggallah 3 ekor kucing kat rumah aku dengan makanan dan susu yang berhasiat aku belikan... Tapi ,,,,,,, susu hanya untuk MANJA... yang besar minum RX WATER.



























MENGUNTING RAMBUT


9 April 2009

Aku pergi kursus mengunting rambut. Dah bolehlah kalau setakat nak gunting rambut style layer. Impian aku KALAU ada duit banyak aku nak ada SPA, dalam SPA ada kedai gunting rambut khusus untuk wanita sahaja dan mengadam pengantin bertudung. Aku nak ambik klass mengandam ngan mak nyah hubby aku tak bagi... frust betullll.... hubby aku tak bagi jadi mak andam....

Bulan Jun aku sambung ambik kursus Refleksiologi pulak ... kalau hubby aku sakit kaki boleh aku picit... kat office refleksiologi 20 minit RM 10.00.
yang dalam gambar ni bukan aku yeee... ni peserta kursus...
Harapan aku supaya impian aku menjadi kenyataan.