Wednesday, July 23, 2008

USTAZ JAIS KAMUS SAMBUT MENANTU



20.7.2008

Aku dan hubby pergi majlis walimahtulurus anak lelaki dan perempuan Ustaz Jaiz dan kak Nafisah di Taman Keramat, Kuala Lumpur.
Kitaorang sebenarnya dah lost contact ngan Ustaz jais sebab Ustas pindah Ke Kuala Lumpur.... Dulu hubby aku ngan Ustaz Jais ahli ABIM. Jumpa semula bila hubby aku di BIMB Putrajaya Ustaz kat JAKIM Putrajaya. Bersemi semula persahabatan yang terputus.

10 tahun yang lalu kecik lagi budak-budak ni, berhingus.... la ni boleh tahan cunnya...
tengah aku tercari-cari tempat duduk nak makan,,,,, tak sangka pulak jumpa kak Normah dulu di Pejabat Pelajaran Sg. Besar,,,dah 2 tahu pencen. Cepatnya masa berlalu... bersembang je sampai aku nak makan pun tak kenyang....
Ustaz pun rambut dah macam Sultan Azlan. Agaknya hubby aku 10 tahun lagi cam tu le jugak rambutnya.... Rambut Aku???????.

Semoga persahabatan ini akan berkekalan. AMIN

Saturday, July 12, 2008

My Dream Home






ini lah rumah yang hubby dan aku nak beli, dengan keluasan tanah 35 x 85 dan keluasan rumah 25 x 55. Rumah ni dah siap pada tahun 2006 RM 198,000.00. Dulu kitaorang tengok rumah ni tak cantik langsung dengan jalan yang bertanah merah tak de hati nak beli.

6.7.2008,
kitaorang nak pergi rumah abang Lan saja singgah tengok rumah contoh... siling Kaca Lepa(Plaster Ceiling), punca lampu 30 unit (beserta Down Light). Menarik ni... Harga RM 240.000.00 sekeruti tu katalah... tak jadi beli mahal tuuu.... hubby aku macam nak beli, call orang yang jaga projek ni dia kata RM 215,000.00. Terus booking sebab tinggal 3 lot sahaja. aku 50-50. Nampaknya aku kena berjimat.... kurangkan pergi berjalan-jalan... duduk rumah aja. Boleh ke?????. Hubby aku tanya "macamana nak beli ke tidak"? Aku dan hubby ronda-ronda lagi tengok rumah lain... manalah tau ada lagi yang lebih murah dan cantik. Sebenarnya aku berkenan rumah sebelah abang aku sebab keluasan tanah yang luas. Jiran abang aku ni tahun lepas nak jual rumah RM 230,000.00. Disebabkan rumah kitaorang kat Sungai Besar tak laku lagi tak jadi le beli . Aku minta abang aku bodek En. Sam untuk jual lagi... heemmmm dia dah tak nak jual sebab rumah tu dah ada penyewa...Alasan le tu.. nak jual pun pada harga RM 260,000.00. giler ke apa. Abang lan call aku tak bagi beli, mahal sangat... abang aku pun tau kitaorang tak mampu.





9.7.2008
abang lan call, minta hubby comformkan rumah jadi beli tidak... abang aku ni, hubby aku yang nak beli dia yang excited. Macam-macam le bang lan pesan... beli jangan tepi tiang lampu dan pili bomba. aku yee je... maklum le akukan adik... abang lan tak nak kitaorang rugi beli...




13.7.2008
Pergi lagi kat rumah tu...Jumpa En. Sukindra staff projek.. nak conform rumah dan nak bayar deposit. Abang Lan, kak baiyah dan mak mentuanya pun datang... abang aku siap pesan kat En. Sukindra.... "tolong cuci dan kemaskan dalam rumah dan Jubin tempat letak kereta tu tolong kikis bekas-bekas cat dan bagi kimia pencuci jubin" . Aku tinggal cuci sikit-sikit je... wahhhh bestnya abang aku siap pesan cam tu... akukan adik.....

Thursday, July 10, 2008

JABATAN STANDARD DALAM KENANGAN







15.12.2003 - 15.7.2008
Akhirnya bertukar juga aku dari Jabatan Standard Malaysia Cyberjaya Ke Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komuditi Putrajaya, banyak kenangan aku bersama JSM . 30 May 2007 aku diberi Anugerah Perkhidmatan Cemerlang. Terima kasih kepada kawan yang banyak memberi tunjuk ajar.

waaaaa!!!!!!!! sedihnya, aku mohon tukar sebab nak hantar zarith pergi dan balik sekolah, awal tahun 2008 aku dah serah tugas pada kak Anita untuk ambik dan hantar sekolah, balik rumah maid jiran aku pula yang uruskan. Hari jumaat boleh pergi Jaya Jasco ngan kawan-kawan. Impian ku punah...musnah.


Dapatle 3 bulan Kak Ani menjalankan tugas dengan jayanya tetiba pada jam 11.30 am aku dikejutkan dengan SMS yang " Zarith kerap tak bawa buku dan tak siapkan kerja sekolah". Aiiii.... memang nak kena budak ni,,,, Cikgu siap pesan" jangan marah mesti budak ni ada masalah". Ye lah tu... dengan lemah lembut bercampur geram tahap GABAN, aku pun tanya apasal tak siap kerja sekolah? Ada masalah? Aku rasa, aku yang bermasalah ... pas ni nak kena ambik dan hantar. Hubby aku tentu le tak boleh ambik, dia dah kat bangsar. Rupanya Zarith tak suka mak cik ani ambik, sebab lambat sangat., Bertuah punya anak. Kenalah aku ambik balik semua tugas mengambil dan mengurus anak. Tapi dengan beberapa syarat:- 1. kurangkan masa tengok TV, 2. Basuh kasut , 3. Iron baju sekolah, 4. baca yassin setiap hari jumaat dan mengikut arahan dari masa kesemasa. Syarat itu berkuatkuasa dari tarikh SMS cikgu hantar.



Cikgu Wan denda Zarith duduk tengah depan mata cikgu diapit dengan 2 orang murid perempuan dan kena ajar pengapit ni sampai pandai. hubby aku senyum jeee... nak ketawa dengar cerita Zarith kena apit 2 orang wanita. ketawa kena control sebab tak nak zarith tau, nanti banyak le dia punya songehhhh!!!!. Semenjak itu Acik Ani jadi le kawan aku aerobik dan menjual pelbagai jenis kuih frozen. Kena le beli.

Atas alasan itulah aku mohon bertukar....dengan muka poyo aku jumpa Ketua Pengarah .... dengan bahasa shahdu lagi merdu, aku menyuarakan hasrat dan berharap KP luluskan. 9.4.2008 aku hantar surat,23.6.2008 aku dapat surat dari JPA.... YAhooooooooo!!!!!

Gembira bercampur sedih, tak ramai yang tahu aku nak bertukar.... aku pun tak nak mewar-warkan, aku ni sentimantel value juga orangnya. Aku berharap ditempat baru nanti suasananya seperti di JSM.

Monday, July 7, 2008

BIRTHDAY KE 34 2007



Cepat masa berlalu, dah 35 umur aku, dah jadi Mak Cik... Pergi sekolah zarah budak-budak panggil kakak... kakak ke???. kalau erol kahwin jadi nenek le pulak....

1.11.2007
aku dan aidah lahir pada tarikh yang sama, shila 20.11.1984, sambut birthday di Jabatan Standard. Tak sangka le pulak ada yang beli kek. Terima kasih semua, tanpa you all siapa le aku di JSM. Hubby aku hantar bunga, 14 tahun aku bersamanya... ini kali pertama dia bagi bunga dan sekali hantar kek pada ulang tahun yang ke 28... tu pun dah pesan.... sekali tu ajalah bagi bunga..jambangan bunga dah naik harga. Ikut suka hatilah ...tak bagi pun aku tak marah. Aku pun kadang-kadang terlupa tarikh lahir sendiri.

ZARAH DI SAMTAJ

6 Julai 2008
Aku dan hubby melawat zarah di asrama SAMTAJ. Latihan silat rupanya, aku memang galakkan zarah aktif dalam sukan supaya dia tak boring tinggal di asrama dan kuranglah sikit rindunya pada aku, asyik nak balik rumah aja. Masa mula-mula hantar masuk asrama bukan anak sahaja yang perlu KUAT, aku pun kena membiasakan diri yang anak tu dah tinggal di asrama.

Hari-hari zarah call nak balik . Rupanya inilah sebahagian daripada cabaran yang aku kena hadapi... aku sentiasa beri dorongan supaya terus tinggal di asrama. Nasib baik aku ada kawan-kawan yang sentiasa memberi kata-kata semangat supaya tidak mengalah dengan desakan anak. Beri anak masa selama 4 bulan untuk menyesuaikan diri. Terima kasih En. Mat Shah, Cikgu laili (kwn aerobik) Cikgu Wan (guru kelas zarah) Kak Sal dan Kak Yan (Officemate) aku masih ingat sepatah kata dari Cikgu Wan " macamnilah jadi ibu gembira dengan air mata, sedih pun dengan air mata". Masa belum kahwin aku dengar je cerita kawan-kawan mengenai kerenah anak-anak. Bila aku dah ada anak..... rupanya inilah dia ceritanya....ni baru cerita anak sekolah... belum anak habis belajar, kerja dan kahwin..... waaaaaa!!!!!!!!..... bertambah gugurle rambut aku memikirkanya.

MUMMY, ZARITH, ZAIM DAN MOTOR



Hari ni aku bawak motor ambil Zarith balik Taekwondo.....laaa!!!! kenapa orang pandang-pandang .ikut suka hati aku la nak bawak motor ke kereta ke, mentang-mentang korang bawa kereta beso-beso , heran korang tengok aku ye... tu aku tak tunjuk skill lagi, kalau zaim siap tunduk kepala. Anak-anak aku memang suka naik motor. Agaknya kan kalau aku ambik zarith bawak basikal apa jadi haaaa!!!!!!..


Dulu kalau aku bawak motor, sampai jiran aku fuad tegur...."bawak motor tu elok-elok le sikit". Tapiiii sekarang ni kalau fuad jumpa aku sure dia nangis punya,,, aku dah control ayu...cuma sesekali terlupa nak jalan sopan santun....hubby aku selalu tegur supaya aku lebih sopan menyusun langkah ketika berjalan.

Friday, July 4, 2008

STANDARDS MALAYSIA GAMES 2007



8-10 Jun 2007, aku, Farizan, Cik Nun dan Erni mewakili Jab. Standard Malaysia ke Singapore untuk sukan persahabatan. Aku ngan Farizan main Bola Jaring. Tiap minggu aku ngan Izan buat latihan kat ITM Shah Alam... Tu pun tak reti-reti lagi nak main. Bukan senang nak dapat peluang macam ni. Aku rasa sekali kut seumur hidup pergi ke Singapore. Best juga.... Cuma nak cari makanan halal payah sikit.

Tuesday, July 1, 2008

ZARAH BUAT KUIH



Kuih air tangan Zarah, anak aku yang beria-ia nak buat aku tolong baca resepi je, aku tengok zarah ni minat memasak aku galakkan je sekurang-kurangnya tak letih aku nak buat tu semua. Siap bawa balik asrama nak bagi kawan-kawan rasa. 3 minggu lepas zarah buat kek coklat bawa balik asrama.... "kawan cakap sedap". Tu yang bertambah semangat nak buat kuih.