Saturday, June 14, 2008

ZAHRAH


Anak aku yang sorang ni,, semenjak dua menjak ni dah pandai nak melaram. Susah hati zahrah dengan gigi dia yang terkedepan sikit, aku ingatkan bila dah buat appointmen kat Hospital Kajang, dah boleh le buat pendakap, rupanya waiting list. Aku dah ada anak dara sunti rupanya, baju, make up waimah apa saja yang aku ada semua dia nak. Asal aku nak melaram je,,,, mula le dia jelous.

AEM 7314


Kereta kedua aku selepas Perodua Kancil BGR 1293, Kancil aku jual sebab hubby aku nak beli Avanza, Rupanya hubby aku dah aim Avanza dari hari pertama dia tengok kat Banting. Aku ni memang suka berangan, mulanya aku nak beli Perdana, second hand pun jadilah,aku tengok ijan beli warna hitam. Bengang le aku ijan dah mendahului aku. Nampaknya cadangan aku ditolak, Eleh... hubby aku kata mentang-mentang ada duit. Aku balik Trolak dengar Ajura nak jual kancil, boleh aku beli kut.... tetiba Zul kata nak jual Kenari pulak. Kenari pun boleh lah. Sekarang Kenari sudah bertukar tuan, dari tuan yang bernama Zulkifli Jaafar kepada Noraini Mat Sarji... Ha, ha, ha,. Bapak aku kata cantik Kenari ni, biasalah anak sapeeee yang beli....

NO. 6 JLN BJ 1

Rumah yang dibeli pada tahun 1999.lebih kurang 2 tahun kitaorang tinggal kat rumah tu, 3 tahun sewakan dan akhirnya terjual juga pada harga RM 97,000.00.Hubby aku memang sayang kat rumah tu, Aku??? aku dah buat keputusan untuk berhijrah.