Thursday, September 18, 2008

ANGAH DIN DAN ANGAH SALMAH



10.8.2008

Yang ni pakngah dan makngah hubby aku. Abang kepada emak mentua aku..
sambut menantu yang ke 2... Semoga Berbahagia Hingga Kehujung Nyawa.

hubby dan aku wakil bagi pihak Mummy dan Abah yang tak dapat hadir kerana mummy tak sihat..
Acu Sani (Kedah)Pak Ndak Halim (dari Perlis) dan Pak Njang Suhaimi(KL)
masing-masing datang membujang......


Aku ni tak plan nak pergi kenduri
kasut, baju dan kain ..semua kakak ipar aku yang punya.
Nak berjalan pun susah.
Cam biasalah aku ni memang suka bergambar....nak buat kenangan bukan apa..

DR. GHAZALI DAN DR.NORIAH




9.8.2008

Terlupa aku ulang tahun perkahwinan Pak ngah dan Makngah hubby aku ni...
yang ke 25 tahun kalau tak silap telinga aku mendengarnya.

hari yang sama juga beliau sambut menantu Dr. Mashitah dan pasangan Dr. shukur..Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat.

Kalau lama lagi tunggu kat rumah angah ni lagi ramai le
aku jumpa Dato' Datin'dan YB..Cuma yang aku tak jumpa Dato' Sri Anwar Ibrahim dan Wan Azizah
yang ni exco Pertanian Sgr, YB Yaakob Sapari

Ezam Mohd Nor pun katanya nak datang.

malam tadi Dato' Yusni Hamid pun ada..yang ni penyanyi 70an..

BISKUT RAYA 2008

Haaa...siap juga akhirnya biskut raya aku..
panas lagi ni...
letih aku membuatnya dari pukul 8.00 pg sampai 2.00 ptg...


4 jenis biskut resepi aku cari kat internet...



Biskut Arab Cristall Ball

Biskut sarang Semut
Biskut Kelapa badam
Biskut Semperit

Dah 2 tahun aku minta oven kat hubby aku..
ada ke patut hubby aku kata..
banyak mana nak buat kuih...

Hubby aku kata bukan tak nak beli...
risau kalau beli tak mendatangkan hasil..

Tak nak beli sudah..

Nasib baik aku ada oven yang setia dengan aku hampir 20 tahun
dah umur oven ni...Tu pun kakak aku yang belikan...

Yalah.. barang dah kira antik lagi lama lagi sayang
cam suami kita jugale..makin lama,,,makin tua..bertambah sayanggggggggg.

Monday, September 8, 2008

MERU IMPIAN

6.9.2008

Hari ni kami angkut barang yang boleh dimuatkan ke dalam avanza.. kat rumah baru... dan panggil Kontraktor untuk ukur tingkap rumah. Tingkap ada 13 termasuk pintu dan sliding door. Hubby aku dah mula mengira budjet. Aku pun risau juga dibuatnya harga tak tercapai dek akal aku..

Kontraktor ni pun kalau aku tanya berapa jumlah..Asyik jawab "nanti kita kira". Abang Lan suruh letak grill wrough iron semuanya. Tapi..kontraktor tu kata "banyak sangat tu nak pasang"..Kontraktor tu pun risau tengok muka kitaorang yang tak berduit ni...Pintu dan Tingkap kitaorang letak grill wrough iron..yang tingkap lain letak grill biasa je..Setelah dikira tolak tambah jumlah RM 3800.00...

Lega kitaorang....memendangkan rumah kitaorang yang pertama memasang grill maka kontraktor tu pun nak buat promosi grill kat rumah aku sebagai contoh...

Balik rumah punya pikir hubby aku nak Wrough Iron semua tingkap di bahagain depan. Tambah lagi RM800.00 jadi RM4,600.00 Abang Lan pun excited macam rumah dia

Belum habis cerita Grill berangan pulak nak pasang kabinet dapur.....lagi pening le kontraktor tu...