Saturday, March 16, 2013

Bihun Goreng Singapore




Hari ni aku nak masak bihun goreng singapore...atas permintaan jiran aku untuk portluck malam ni...bahan-bahan yang aku gunakan mengikut citarasa aku...cara yang paling mudah dan sedap (ni jiran aku la yg kata sedap, hihihihi...)...jom masak...


Bahan-bahannya

  • Bihun - rendam 2 atau 3 jam
  • *1 ketul kiub ayam
  • *2 biji bawang besar
  • 1 sudu lada hitam/putih - tumbuk
  • ayam agak-agak ikut banyak mana bihun
  • *ikan bilis
  • carrot / kobis / cendawan
  • garam

Bahan-bahan yang bertanda  * tumbuk tapi kalau malas macam aku, blender je lagi senang...





Tumiskan bahan yang di blender sehingga wangi masukkan ayam...kacau-kacau yer...nanti hangit la pulak, masukkan bihun yang dah direndam tadi... kalau bihun tu kejang semacam jer.. campur air lagi...rasa garam cukup tak....masukkan lada hitam / putih..sayur jangan lupa, aku suka masuk sayur selepas bihun...masukkan carrot / kobis dan cendawan...

Dah siap bihun goreng singapore...senangkan...kalau nak cantik buat telur dadar potong halus...dan taburkan di atas bihun...
nak sedap lagi masa makan campur dengan cili potong + kicap atau cili jeruk...perhhhhh

Inilah hasilnyaaa.......