Wednesday, February 11, 2009

MENEBANG POKOK



Gambar yang ni aku tak sabar2 nak masuk blog. aku bangga sungguh. hubby ngan jiran aku menebang pokok kat belakang rumah.

Abang Lan pun buat lawatan mengejut...nak tengok pokok yang berjaya ditebang.....Akuuuuu lagi le siap ambik gambar. Mesti jiran aku heran apasal isteri dia ni poyooonya.

CAMPING


6 Feb. 2009

Jauh tu zarith nak pergi camping...hari selasa zarith tanya kat mana letak khemah. Hari Jumaat aku balik kerja dah tegak khemah tepi rumah aku... Laaaa!!!! kat situ nak berkhemah...

8.00 mlm dah sebuk bawak bantal... Zaim, Zarith, Afiq dan Abg Chik(anak Jiran aku) mlm tu tidur dalam khemah. Aku tak le risau sangat sebab pintu khemah mengadap rumah jiran. Malam2 boleh dia jengok anak2 dari sliding door je. Tengahari pun lepak dalam khemah.


Hari ke 2 aku pasangkan pelita depan pintu khemah, letak kipas angin. Budak2 ni siap panggang ikan ngan ayam dan rebus air guna arang. Hemmmm aku rasa kalau aku rebuskan air dalam rumah pun dah masak. Ni berpeluh2 meniup api. Lantak korang le. Aku masakkan nasi goreng. Zaim aku ajak tidur dalam rumah pun tak nak....Zaim kata dia dah dewasa.

LANGSIR DAH SIAP


Berjaya aku menyiapkan langsir....memang tak layak jadi tukang jahit. 2 bulan aku nak menyiapkannya. Lihatlah hasilnya...Di belakang sofa, langsir hadiah daripada Wanis...
Tq Wanis.
Yang lain aku beli kain langsir di Nagoya. Aku tambah aksesori dengan 4 pasang butterfly.

Aku rasa kalau tukang jahit langsir datang rumah aku..mau nangis terguling2 tengok jahitan aku. Yang pentingnya aku dah boleh jimat RM 200.00 duit tempahan langsir.

Gambar ke 3 tu sudut aku berkareoke dan menonton TV. Budjet tak de nak letak sofa.....tunggulah Cuepec minta kenaikan gaji kakitangan awam ataupun bonus 2009, kalau ada.



Gambar ke 4 kabinet dapur. Setelah puas merayau ke rumah contoh dapat le kami kabinet pilihan hati. Kayu milamin warna hitam 10 x 12 kaki RM4500.00. Tak masuk Sink dan Hud dapur.



Untuk tahun 2008 kami sekeluarga tidak pergi bercuti melainkan duduk di rumah sahaja...budjet ciput. 2009 pun aku rasa cuti balik kampung ajalah.