Wednesday, February 11, 2009

CAMPING


6 Feb. 2009

Jauh tu zarith nak pergi camping...hari selasa zarith tanya kat mana letak khemah. Hari Jumaat aku balik kerja dah tegak khemah tepi rumah aku... Laaaa!!!! kat situ nak berkhemah...

8.00 mlm dah sebuk bawak bantal... Zaim, Zarith, Afiq dan Abg Chik(anak Jiran aku) mlm tu tidur dalam khemah. Aku tak le risau sangat sebab pintu khemah mengadap rumah jiran. Malam2 boleh dia jengok anak2 dari sliding door je. Tengahari pun lepak dalam khemah.


Hari ke 2 aku pasangkan pelita depan pintu khemah, letak kipas angin. Budak2 ni siap panggang ikan ngan ayam dan rebus air guna arang. Hemmmm aku rasa kalau aku rebuskan air dalam rumah pun dah masak. Ni berpeluh2 meniup api. Lantak korang le. Aku masakkan nasi goreng. Zaim aku ajak tidur dalam rumah pun tak nak....Zaim kata dia dah dewasa.

No comments: