Saturday, May 2, 2009

Camping lagi







1 May 2009

Seperti biasa inilah aktiviti zarith & zaim bila cuti....
camping depan rumah....kadang2 aku dapat rasakan kalau anak2 aku dah dewasa
mesti hubby & aku sunyi...dah tak ada suasana seperti hari ni..
aku tengok semenjak hubby & aku membuat pilihan utk menetap di Meru...aku dpt
rasakan perubahan pada anak2...
kalau di Putrajaya hari cuti adalah hari yang amat membosankan....
di Meru hari cuti amat ditunggu sebab banyak aktiviti...
zarith dah pandai main gasing, lastik burung & cicak..memancing..
aku suka tengok anak2 membesar dengan permainan yang pernah aku main dulu2..
aku dulu tak main masak2 sebab aku membesar bersama dengan 2 orang abang & seorang adik lelaki...cuma aku suka main anak patung dan cakap sorang2...aku suka berangan...yang suka sergah aku abang Lan.

sekarang ni aku tengok yang ikut cam aku... zarith ngan zaim...bila main dalam rumah mesti cakap sorang2 ni yang kekadang mengigatkan zaman kanak2 aku. Zara tak pulak cam tu...
2 orang kakak aku dah tak join ngan aku...
sebab tu kalau di kampung orang kenal aku, tapi...kat kampung nama aku ebby...orang tak kenal noraini...
aku ni lasak...kalau suruh buat kerja pompuan slow je cuba kalau suruh panjat pokok....cepat je,,,aku main ngan kawan2 abang aku semua lelaki aku sorang je pompuan... kalau bulan pose petang2 abang lan bwk aku jln2 naik moto dah buka pose baru balik...makan...
sebab tu 18 tahun aku dah ada lesen motor & kereta....
Tapi bila aku dah besar kak Ru (kak aku yg sulung) selalu memainkan peranan mengajar aku memasak....
Abang & kakak akulah tempat aku mengada-ngada...sampai nak pilih calon suami pun abang ipar aku masuk campur...sebab aku ni walaupun dah dewasa abang ipar aku bagi duit raya....
Bila diingat semula...seronoknya jadi kanak2 tak ada masalah yang nak difikir....

Bilikku Syurgaku







1 May 2009

Penerbit rancangan Bilikku Syurgaku yang ditayangkan di TV2 dtg rumah aku untuk inteview zara..
Rancangan ni untuk epesod 1 dah habis, episod ke2 insyaallah dalam bln 7.
zara suka sangat tgk rancangan ni...sebab peyertaan yang berjaya biliknya akan diubahsuai mengikut citarasa kita...
aku sebenarnya dah lupa pasal rancangan ni...sebab aku ingat penyertaan zara tak berjaya...
bila pihak penerbit call aku...aku blur jee...
Tapiiii...ni baru peringkat ke2 pemilihan...kalau berjaya hubby, aku & zara kena bercuti untuk sesi pengambaran.... hubby & aku berharap zara berjaya....sekurang-kurangnya jimat budjet aku untuk mengubahsuai bilik dia...