Thursday, July 10, 2008
JABATAN STANDARD DALAM KENANGAN
15.12.2003 - 15.7.2008
Akhirnya bertukar juga aku dari Jabatan Standard Malaysia Cyberjaya Ke Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komuditi Putrajaya, banyak kenangan aku bersama JSM . 30 May 2007 aku diberi Anugerah Perkhidmatan Cemerlang. Terima kasih kepada kawan yang banyak memberi tunjuk ajar.
waaaaa!!!!!!!! sedihnya, aku mohon tukar sebab nak hantar zarith pergi dan balik sekolah, awal tahun 2008 aku dah serah tugas pada kak Anita untuk ambik dan hantar sekolah, balik rumah maid jiran aku pula yang uruskan. Hari jumaat boleh pergi Jaya Jasco ngan kawan-kawan. Impian ku punah...musnah.
Dapatle 3 bulan Kak Ani menjalankan tugas dengan jayanya tetiba pada jam 11.30 am aku dikejutkan dengan SMS yang " Zarith kerap tak bawa buku dan tak siapkan kerja sekolah". Aiiii.... memang nak kena budak ni,,,, Cikgu siap pesan" jangan marah mesti budak ni ada masalah". Ye lah tu... dengan lemah lembut bercampur geram tahap GABAN, aku pun tanya apasal tak siap kerja sekolah? Ada masalah? Aku rasa, aku yang bermasalah ... pas ni nak kena ambik dan hantar. Hubby aku tentu le tak boleh ambik, dia dah kat bangsar. Rupanya Zarith tak suka mak cik ani ambik, sebab lambat sangat., Bertuah punya anak. Kenalah aku ambik balik semua tugas mengambil dan mengurus anak. Tapi dengan beberapa syarat:- 1. kurangkan masa tengok TV, 2. Basuh kasut , 3. Iron baju sekolah, 4. baca yassin setiap hari jumaat dan mengikut arahan dari masa kesemasa. Syarat itu berkuatkuasa dari tarikh SMS cikgu hantar.
Cikgu Wan denda Zarith duduk tengah depan mata cikgu diapit dengan 2 orang murid perempuan dan kena ajar pengapit ni sampai pandai. hubby aku senyum jeee... nak ketawa dengar cerita Zarith kena apit 2 orang wanita. ketawa kena control sebab tak nak zarith tau, nanti banyak le dia punya songehhhh!!!!. Semenjak itu Acik Ani jadi le kawan aku aerobik dan menjual pelbagai jenis kuih frozen. Kena le beli.
Atas alasan itulah aku mohon bertukar....dengan muka poyo aku jumpa Ketua Pengarah .... dengan bahasa shahdu lagi merdu, aku menyuarakan hasrat dan berharap KP luluskan. 9.4.2008 aku hantar surat,23.6.2008 aku dapat surat dari JPA.... YAhooooooooo!!!!!
Gembira bercampur sedih, tak ramai yang tahu aku nak bertukar.... aku pun tak nak mewar-warkan, aku ni sentimantel value juga orangnya. Aku berharap ditempat baru nanti suasananya seperti di JSM.
Subscribe to:
Posts (Atom)