Thursday, August 28, 2008

LAMBAIAN PEMENANG PERTANDINGAN MEMBACA JAWI (KETEGORI DEWASA)




27.8.2008

Bagi ketegori dewasa...kawan aku yang sorang ni disaat akhir sebelum bermulanya pertandingan..Tak kira berdiri, duduk membaca saje...Siap ada antonasi lagi.. cam pembaca berita.. nak tergelak aku ngan member-member.Confident menang..aku dah cakap kat mamat ni tahun ni je dia menang tahun depan dah ada pencabar terdekat..bukan orang jauh belakang kerusi dia. jangan takut le, kalah dalam tangan. Siapa yang kalah? aku kot..

Tak sia-sia kamarul berlatih membaca..akhirnya kemenangan ditangannya..dengan penuh bangga Kamarul melambaikan tangan kepada peminat-peminat yang datang memberi sokongan. VOTE KAMARUL... TAHNIAH.

PERTANDINGAN MEMBACA JAWI DI KPPK (KETEGORI KANAK-KANAK)



21.8.2008

Pertandingan membaca jawi..Zahrah awal lagi dah cam giveup..Zarith relax je..over confident..aku tinggalkan anak aku kat library KPPK.. biarlah kawan aku yang uruskan.

Zarith dapat no. 3..kalau kalah sah-sah disalahkannya aku sebab suruh dia masuk..bila menang,,,tanya pulak tahun depan ada pertandingan lagi tak?..tu lah anak..
Walaupun dapat No. 3..bab mengutuk ayongnya serah kat dia.. siap ambik gambar ayong yang tengah tension membaca...tak sabar-sabar nak buat laporan dan tujuk kat aku. Kawan aku kata Zarith baca relex je..salah pun dia layaannnn...tapi bila aku tanya dengan bangganya "Zarith baca lancar mummy...tak salah ejaan pun".


Ayong seperti yang aku jangka gabra...kawan aku pun kata nampak sangat asyik nak pergi toilet. Tak pe lah yong kalah menang bukan ukuran yang penting dua-dua anak mummy dan dua-dua nak tunjuk kat mummy dia adalah yang terbaik. Mummy sentiasa mendoakan semoga menjadi anak yang SOLLEH dan SOLEHAH (AMIN). Walaupun kadang-kadang sampai bergaduh..naik angin aku satu badan.

PETROSAINS SURIA KLCC

23.8.2008
Hari ini Hubby dan aku dah janji ngan anak-anak nak pergi Petrosains...kenalah tunaikan. Aku dah book tiket pada hari Rabu.


Book pukul 11.00 pagi..terpaksa tukar waktu ke pukul 2.00 ptg. Pada hari yang sama hubby dan aku kena Tandatangan Aggrement rumah kat MBSB Klang. Refer My dream Home blog sblm ni

Seperti biasa sebelum pergi ke tempat yang dituju...MAKANNNN. Hari ni hubby bawak anak-anak makan kat kedai Mak Cik aku di Bangsar. Jimat duit katanya.

1.15 ptg sampai je kat KL CC ambik tiket...tu yang lebihnya bila dah booking awal tak perlu beratur beli tiket. Menggelisah anak-anak aku tak sabar nak masuk Petrosains. Lagi sekali aku merasa bangga menjadi rakyat Malaysia...tak payah pergi jauh-jauh..Di Kuala Lumpur ada segala-galanya.

TENGOK BUNGA API LE PULAK

20.08.2008

Malam ni nak tengok Bunga Api dari negara Canada,,,tahun lepas kitaorang tak pergi. Tengok kat balkoni je.. tahun ni rasanya kena perge le..aku ni bermastautin kat Putrajaya...aktiviti kat sini pun aku tak pernah pergi...sian Dato' Sri Tengku Adnan Tengku Mansur dapat rakyat cam hubby dan aku..Kakak aku yang tak kerja tu pun lagi tau dari aku..tak payah aku baca news paper,,,tanya je kakak aku dia akan terangkan dengan detail kat aku...nak tergelak pun ada kadang-kadang. Kelam kelibut aku masak abang Lan nak datang. Siap je masak abang aku pun sampai...apa lagi perut dah lapar takkan nak pandang je lauk atas meja...SERAAAANGGGGG!!!.

8.30 mlm

Mak oi!!! ramainya orang aku ingat kitaorang yang paling awal...rupa-rupanya ada yang duk berkelah...Bagus kerajaan buat semua ni tak payah bercuti ke Luar Negara..Semuanya ada di Malaysia..Pehhhh!!!! cam Iklan le pulak

10.00 mlm

Berdentam dentum Bunga Api macam bunyi bom...takut pun ada macam negara perang..Zaim tak bergerak...takut agaknya dengar bunyi Bunga Api..kat Palestin tu cammanalah diorang...kesian..jadi bahan kerakusan yahudi..Ya ALLAH! selamatkan rakyat Palestin yang tidak berdosa..(AMIN). .

KL TOWER


19.8.2008 (Selasa)

Hari ni plan nak pergi Suria KLCC nak pergi Petrosains...cuti sekolah bawa anak-anak pergi jalan-jalan kat KL. Hampeh,,, sampai kat Petrosains dah pukul 4.30 ptg...kaunter dah tutup.Pegawai khidmat Pelanggan suruh kami call untuk booking sebab orang terlalu ramai cuti sekolah...iyeee esok aku call.

Pergi lak kat KL TOWER...elok le tu dah nak malam boleh tengok keindahan Kuala Lumpur. Selamat duit tiket...angah (anak Pak Su Bahrin) kerja kat sini. Angah jadi Tourist Guide.

Ramainya Pak ngan Mak Arab...yang kitaorang tak tahan keharuman baunya mencucuk-cucuk hidung...kalau bau sate ok gakkk...Kagumnya anak aku tengok keindahan dan ketinggian KL Tower..selaku "tourist guide" angah pun memberikan penerangan apa yang dia tau..menurut kata angah KL Tower mempunyai ketinggian 415m di atas paras laut. Fui yo!!!! tinggi tu...Sebagai warganegara Malaysia aku berbangga menjadi salah seorang rakyatnya..

Tapikan kalau tanya hubby dan aku apa yang menarik kat KL Tower...tak de mendanya..cantik lagi aku berdiri dihadapan balkoni rumah aku yang tingginya 15 tingkat,,,boleh nampak bunga api lagii.....dan lagi.