Malam ni nak tengok Bunga Api dari negara Canada,,,tahun lepas kitaorang tak pergi. Tengok kat balkoni je.. tahun ni rasanya kena perge le..aku ni bermastautin kat Putrajaya...aktiviti kat sini pun aku tak pernah pergi...sian Dato' Sri Tengku Adnan Tengku Mansur dapat rakyat cam hubby dan aku..Kakak aku yang tak kerja tu pun lagi tau dari aku..tak payah aku baca news paper,,,tanya je kakak aku dia akan terangkan dengan detail kat aku...nak tergelak pun ada kadang-kadang. Kelam kelibut aku masak abang Lan nak datang. Siap je masak abang aku pun sampai...apa lagi perut dah lapar takkan nak pandang je lauk atas meja...SERAAAANGGGGG!!!.
8.30 mlm
Mak oi!!! ramainya orang aku ingat kitaorang yang paling awal...rupa-rupanya ada yang duk berkelah...Bagus kerajaan buat semua ni tak payah bercuti ke Luar Negara..Semuanya ada di Malaysia..Pehhhh!!!! cam Iklan le pulak
10.00 mlm
Berdentam dentum Bunga Api macam bunyi bom...takut pun ada macam negara perang..Zaim tak bergerak...takut agaknya dengar bunyi Bunga Api..kat Palestin tu cammanalah diorang...kesian..jadi bahan kerakusan yahudi..Ya ALLAH! selamatkan rakyat Palestin yang tidak berdosa..(AMIN). .
No comments:
Post a Comment