Saturday, July 12, 2008
My Dream Home
ini lah rumah yang hubby dan aku nak beli, dengan keluasan tanah 35 x 85 dan keluasan rumah 25 x 55. Rumah ni dah siap pada tahun 2006 RM 198,000.00. Dulu kitaorang tengok rumah ni tak cantik langsung dengan jalan yang bertanah merah tak de hati nak beli.
6.7.2008,
kitaorang nak pergi rumah abang Lan saja singgah tengok rumah contoh... siling Kaca Lepa(Plaster Ceiling), punca lampu 30 unit (beserta Down Light). Menarik ni... Harga RM 240.000.00 sekeruti tu katalah... tak jadi beli mahal tuuu.... hubby aku macam nak beli, call orang yang jaga projek ni dia kata RM 215,000.00. Terus booking sebab tinggal 3 lot sahaja. aku 50-50. Nampaknya aku kena berjimat.... kurangkan pergi berjalan-jalan... duduk rumah aja. Boleh ke?????. Hubby aku tanya "macamana nak beli ke tidak"? Aku dan hubby ronda-ronda lagi tengok rumah lain... manalah tau ada lagi yang lebih murah dan cantik. Sebenarnya aku berkenan rumah sebelah abang aku sebab keluasan tanah yang luas. Jiran abang aku ni tahun lepas nak jual rumah RM 230,000.00. Disebabkan rumah kitaorang kat Sungai Besar tak laku lagi tak jadi le beli . Aku minta abang aku bodek En. Sam untuk jual lagi... heemmmm dia dah tak nak jual sebab rumah tu dah ada penyewa...Alasan le tu.. nak jual pun pada harga RM 260,000.00. giler ke apa. Abang lan call aku tak bagi beli, mahal sangat... abang aku pun tau kitaorang tak mampu.
9.7.2008
abang lan call, minta hubby comformkan rumah jadi beli tidak... abang aku ni, hubby aku yang nak beli dia yang excited. Macam-macam le bang lan pesan... beli jangan tepi tiang lampu dan pili bomba. aku yee je... maklum le akukan adik... abang lan tak nak kitaorang rugi beli...
13.7.2008
Pergi lagi kat rumah tu...Jumpa En. Sukindra staff projek.. nak conform rumah dan nak bayar deposit. Abang Lan, kak baiyah dan mak mentuanya pun datang... abang aku siap pesan kat En. Sukindra.... "tolong cuci dan kemaskan dalam rumah dan Jubin tempat letak kereta tu tolong kikis bekas-bekas cat dan bagi kimia pencuci jubin" . Aku tinggal cuci sikit-sikit je... wahhhh bestnya abang aku siap pesan cam tu... akukan adik.....
Subscribe to:
Posts (Atom)