6 Julai 2008
Aku dan hubby melawat zarah di asrama SAMTAJ. Latihan silat rupanya, aku memang galakkan zarah aktif dalam sukan supaya dia tak boring tinggal di asrama dan kuranglah sikit rindunya pada aku, asyik nak balik rumah aja. Masa mula-mula hantar masuk asrama bukan anak sahaja yang perlu KUAT, aku pun kena membiasakan diri yang anak tu dah tinggal di asrama.
Hari-hari zarah call nak balik . Rupanya inilah sebahagian daripada cabaran yang aku kena hadapi... aku sentiasa beri dorongan supaya terus tinggal di asrama. Nasib baik aku ada kawan-kawan yang sentiasa memberi kata-kata semangat supaya tidak mengalah dengan desakan anak. Beri anak masa selama 4 bulan untuk menyesuaikan diri. Terima kasih En. Mat Shah, Cikgu laili (kwn aerobik) Cikgu Wan (guru kelas zarah) Kak Sal dan Kak Yan (Officemate) aku masih ingat sepatah kata dari Cikgu Wan " macamnilah jadi ibu gembira dengan air mata, sedih pun dengan air mata". Masa belum kahwin aku dengar je cerita kawan-kawan mengenai kerenah anak-anak. Bila aku dah ada anak..... rupanya inilah dia ceritanya....ni baru cerita anak sekolah... belum anak habis belajar, kerja dan kahwin..... waaaaaa!!!!!!!!..... bertambah gugurle rambut aku memikirkanya.
No comments:
Post a Comment