Sunday, December 6, 2009

SUKAN TRADISIONAL



4/12/2009




Sukan Tradisional: Congkak Batu seremban dan teng-teng..


tak sangka group aku...dapat no.2 dalam acara sukan batu seremban...dah lama aku tak main seremban . 2 hari sebelum pertandingan aku berlatih ngan kawan2...masa sek rendah aku memang suka main seremban dan teng2..tapi dulu tak de syarat macam sekarang ni...


Aku banyak buat kesilapan masa pertandingan bukan sengaja...kalau aku tak banyak buat salah sah2 kemenangan ditangan kitaorang...


Tapi kat off bila kawan tanya .."saja buat kalah...sebab nak balik cepat...kalau menang nanti kena balik lambat" Puyooo je ...

Thursday, December 3, 2009

JaMuan Hari RaYa AidilAdha

27.11.2009





Alhamdulilah....

Selesai sudah jamuan hari raya yang kami (Penduduk Taman Meru Impian) rancang...


bermula dengan aktiviti pada malam hari raya goreng ayam dan rebus nasi impit....1.30 pg baru selesai








Pagi Raya, selepas solat hari raya ... tlg kak Siti (Tukang Masak Kami) masak rendang dan masak lodeh bersama-sama...sehingga pukul 3.30 ptg...

5.00 ptg tetamu mula datang....aku tgk muka jiran2 aku happy sangat.......

tapi sayangnya tetamu yang datang 5.00 petang tak dapat nak rasa BBQ...sebab tukang masak dtg lambat...
10.00 mlm..majlis selesai...

12.30 mlm karaoke sampai 1.30 pg...dah tak larat nak sambung sampai 3.00 pg sebab masing2 dah letih....kebabummmmm..zzzzzzzzzzzzzzzzz












Sunday, November 15, 2009

MEETING JAMUAN HARI RAYA

14 November 2009










Mlm tadi buat meeting kat rumah aku untuk Majlis Jamuah Hari Raya Aidiladha dan Hari Keluarga Taman Meru Impian..meriah giler...meeting tak seberapa mkn je yg lebih....ktorg buat pot luck...jd banyak le menu atas meja..sedap2 tuuu...tak sangka masing2 ada kepakaran memasak...bermula 9.00 mlm sampai 1.00 pg...mlm tu aku buat apam ngan bihun goreng je...

Thursday, November 12, 2009

NGV

3.10.2009











hari ni aku keluarkan NGV dlm kereta ...kat jln pudu KL
terpaksa keluarkan...sebab aku tak pandai nak jaga injin...




kalau nak dikira jimat...memang jimat..perjalanan sejauh 104km hanya rm7.00 je...
dibandingkan dengan skrg minyak petrol ron95 dengan jarak yg sama rm15.00...

habis duit gaji aku kat tol ngan minyak je...tak tau le bila dapat tukar ke Shah Alam.

Wednesday, November 11, 2009

HARI INI DALAM SEJARAH





















4 November 2009



hari ini dalam sejarah..

kenangan yang paling menyayat hati.....hubby aku pun tak ada pengalaman cam aku rasa ni tau...



Dalam perjalanan nak pergi kerja...wira over heating...mana le aku tau yg radiator pecah...aku perasan pun selepas tol batu 3...nak menangis rasanya nasib baik lepas tol dlm 3km ada caltex...

aku berenti kat situ...hubby aku kata kena isi air....nak isi air pun aku tak tahu...sian kan..


ada le hero datang tolong... bila start injin dah okey aku pun jalan le hero tu follow...tak sampai 2km over heating lg...aku berhenti kat tepi highway...dan hero tu nak tolong lagi dan lagi....aku pun cakap "tak pe lah aku call plus je...sian nak pg kerja kat seremban"...jauh tuuuuu.



Bila kat tepi highway ni aku rasa badan aku kecik je...lori lalu dia punya angin buat kereta aku bergoyang...gayatttt. Tengah tunggu PLUS Patrol car ada hero lain dtg nak tolong...aku dah mula takut.....aku cakap dah "call PLUS"...hero pun blah le tinggalkan aku kesaorangan ..untuk menghilangkan rasa takut dan boring aku bersms ngan officemate aku ...20mnt tggu plus pun datang...takat tlg ALIH ke tempat yg selamat je...


pas tu hubby dtg ngan makenik ...tak boleh nak buat aper sbb radiator pecah teruk...hubby suruh call PLUS..sbb kalau dia yg call conform dtg lambat...bila perempuan cepat je sampai...tp memang betullah bila aku call 10 mnt aku tggu dah sampai.



nak bawak balik kereta ke Klang...punyalah seksa...hubby aku ngan makenik kena 5 x berhenti untuk isi air dengan hujan lebat...nasib baik makenik pun tak banyak ragam..hubby aku berhenti kat tepi highway, minta bantuan PLUS untuk tarik kereta 30 mnt tungggu tak sampai...hubby aku blah jeee...dahlah lori banyak,,,hujan lebat...nak MAUT tnggu situ.....tu le pasal kalau perempuan cepat je bagi bantuan....




Hubby aku kata "banyaknya pengalaman aku ni.... yealah kalau tak berlaku macam ni aku pun tak tau seronoknya kat tepi highway ni...selalu nampak kereta orang lain je rosak.. hari ni orang pulak tengok aku"....






Sunday, November 1, 2009

November

1 November 2009






genap umur aku 36 tahun...dah lama tak up date blog aku...bukan sibuk sangat cuma malas je yang lebih.... dah setahun aku di KPPK dan dah setahun aku tingggal kat Meru, Klang...bila lah dapat tukar ke Shah Alam.


Perjalanan sejauh 56km membosankan aku....kena pulak hari hujan...boring sesangat.


Cepatnya masa berlalu...dah 36 tahun umur aku...

Sunday, August 16, 2009

KENDURI KESYUKURAN





















18 JULAI 2009






Alhamdulilah selesai sudah kenduri yang kami rancang...

Terima Kasih kepada tetamu yang sudi meluangkan masa untuk hadir.

Memang meriah ...penat jangan citer leeeeee..

Nak tengok gambar lagi ada dalam facebook sudi2kan le untuk membuka yeeeee






MICCOS 2009


13- 16 OGOS 2009


Malaysia International Commodity Conference & Showcase 2009 (MICCOS)
Berlangsung di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) Selangor,
Anjuran Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi.


MICCOS 2009 dirasmikan oleh Timbalan Menteri YB. Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Kumpulan koir KPPK di bawah bimbingan Cikgu Hadi...
kalau nak dengar sedapnya suara kumpulan koir KPPK boleh tengok di http://www.youtube.com...koir/ Kppk -Nyalakan Tekad
dan kalau nak tengok gambar lebih banyak lagi buka facebook aku...

Terima kasih pada hubby,,,,
menemankan aku selama 2 hari
sempena MICCOS 2009 di MAEPS, Serdang.







Monday, July 6, 2009

BERCUTI KE PULAU PINANG





































31 JUN 2009





Aku dan hubby pergi rumah acu di Bagan Serai...Acu sambut menantu...anak yang kedua..
1 malam tidur di rumah acu...kami pergi Pulau Pinang Tidur pulak kat rumah anak angah Din. Booking Hotel semua penuh..Tuan rumah pergi Taman Negara...Boring tuan rumah tak de...
Aku dan hubby bawak anak2 bercuti ke Pulau Pinang, Pergi Bukit Bendera dan Taman Burung...
Seronok tengok bila anak2 happy dengan percutian yang kami rancang. Zarith rasa bangga sangat dpt pengang ular sawa...zara sempat buat pose istimewa bersama tupai.

Sunday, May 10, 2009

PERTANDINGAN ROBOCON 2009





10 Mei 2009








Tengok Pertandingan Robocon di Stadium Shah Alam..
zarith memang minat bab robot ni..tu yang kena bawa le juga.....
tak lama pertandingan tu berlangsung dalam 45 minit je...pas tu balik..
tak boleh gi mana2 nanti ada je yang dimintanya...










Saturday, May 2, 2009

Camping lagi







1 May 2009

Seperti biasa inilah aktiviti zarith & zaim bila cuti....
camping depan rumah....kadang2 aku dapat rasakan kalau anak2 aku dah dewasa
mesti hubby & aku sunyi...dah tak ada suasana seperti hari ni..
aku tengok semenjak hubby & aku membuat pilihan utk menetap di Meru...aku dpt
rasakan perubahan pada anak2...
kalau di Putrajaya hari cuti adalah hari yang amat membosankan....
di Meru hari cuti amat ditunggu sebab banyak aktiviti...
zarith dah pandai main gasing, lastik burung & cicak..memancing..
aku suka tengok anak2 membesar dengan permainan yang pernah aku main dulu2..
aku dulu tak main masak2 sebab aku membesar bersama dengan 2 orang abang & seorang adik lelaki...cuma aku suka main anak patung dan cakap sorang2...aku suka berangan...yang suka sergah aku abang Lan.

sekarang ni aku tengok yang ikut cam aku... zarith ngan zaim...bila main dalam rumah mesti cakap sorang2 ni yang kekadang mengigatkan zaman kanak2 aku. Zara tak pulak cam tu...
2 orang kakak aku dah tak join ngan aku...
sebab tu kalau di kampung orang kenal aku, tapi...kat kampung nama aku ebby...orang tak kenal noraini...
aku ni lasak...kalau suruh buat kerja pompuan slow je cuba kalau suruh panjat pokok....cepat je,,,aku main ngan kawan2 abang aku semua lelaki aku sorang je pompuan... kalau bulan pose petang2 abang lan bwk aku jln2 naik moto dah buka pose baru balik...makan...
sebab tu 18 tahun aku dah ada lesen motor & kereta....
Tapi bila aku dah besar kak Ru (kak aku yg sulung) selalu memainkan peranan mengajar aku memasak....
Abang & kakak akulah tempat aku mengada-ngada...sampai nak pilih calon suami pun abang ipar aku masuk campur...sebab aku ni walaupun dah dewasa abang ipar aku bagi duit raya....
Bila diingat semula...seronoknya jadi kanak2 tak ada masalah yang nak difikir....

Bilikku Syurgaku







1 May 2009

Penerbit rancangan Bilikku Syurgaku yang ditayangkan di TV2 dtg rumah aku untuk inteview zara..
Rancangan ni untuk epesod 1 dah habis, episod ke2 insyaallah dalam bln 7.
zara suka sangat tgk rancangan ni...sebab peyertaan yang berjaya biliknya akan diubahsuai mengikut citarasa kita...
aku sebenarnya dah lupa pasal rancangan ni...sebab aku ingat penyertaan zara tak berjaya...
bila pihak penerbit call aku...aku blur jee...
Tapiiii...ni baru peringkat ke2 pemilihan...kalau berjaya hubby, aku & zara kena bercuti untuk sesi pengambaran.... hubby & aku berharap zara berjaya....sekurang-kurangnya jimat budjet aku untuk mengubahsuai bilik dia...

Sunday, April 26, 2009

Kursus Mengunting Rambut Fasa II















26 April 2009

Kursus Fasa II, kelas diadakan di De'Fiffy Hair & Beuty Saloon , Banting Selangor.
Instruktur kursus Pn. Fatimah Hj. Ahmad...ni sambungan daripada fasa I... belajar cara mengunting rambut Layer U , Layer V dan mencuci rambut. siap urut2 lagi.
Nampak macam senang, tapi bila praktikal susah juga...
untuk langkah keselamatan.... aku beli gunting layer...
sesiapa yang berminat nak mengunting rambut secara percuma...
datang le ke rumah aku di Meru...

yang ni suzana, dah ada Butik Pengantin & Kecantikan
(Hazana Kreatif) di Banting, Selangor.



yang sedang dicuci rambutnya
ni Kak Sabariah ada Beauty, SPA & Collection Impian Sabariah
di bandar Sungai Emas Banting.
Satu-satunya peserta bangsa cina..Fiona
dah 3 tahun kerja di kedai gunting rambut...memangle teror
laju je dia gunting rambut...bukan cam kitaorang ni dok terkial-kial.
pegang gunting ngan sikat pun asyik salah je.
Fiona ni nak ambik sijil ngan kolej
pas tu dia nak buka kedai sendiri.
bukan cam aku..belajar tak sudah-sudah.
Nak tengok gambar lagi buka facebook aku.







Wednesday, April 22, 2009

Kontan.Fotopages







Dalam Blog Make Up di Office ada aku tulis nak
tunjuk kat you all gambar yang kawan aku ambik...
ni gambar yang ada dalam simpanan aku...
nak tengok gambar seterusnya
boleh layari http://kontan.fotopages.com