Friday, January 2, 2009

Kenduri Doa Selamat


26 Disember 2008

Alhamdulilah... selesai dah kenduri... Ayang sorang je yang tak balik... Tok Mat Ribu yang selalu nama naik pun balik juga...
terus ambik tangga betulkan lampu depan rumah....Amat kagum aku melihat kerajinannya.


Seperti biasa aku dan kuncu2 yang berpakaian ala-ala clearner duduk di tempat2 yang strategik... Maklumle muka kurang glamour....

Ni pulak gambo yg jarang diperolehi.... Angah Nasir tak kurang rajinnya ni. kalau bab masak. mmg nombor 1. Dia memang teror buat kerja sempoi je.. Anak anak dia pulak hebat hebat dlm pelajaran wp ayahnya ni selamber mcm Ahmad Busu, jgn mareee aaa angah..

Thursday, January 1, 2009

Raya Korban 2008 di Trolak (Sesi Bergambar)



Berjaya juga abah mengumpulkan anak-anak untuk bergambar..
kecoh.. bukan senang nak menyusun dan mengumpul 8 orang anak...5 dah kahwin 3 kosong lagi... sapa-sapa yang berkenan.... jumpa abah ngan mummy...kalau malu jumpa aku pun boleh..aku buat tapisan keselamatan dulu kalau lulus..10% drpd duit hantaran.

Biasanya tiap kali raya 7 orang anak je yang ada... Tok Mat Ribu @ Tok Mat Projek...selalu balik setelah sesi bergambar selesai, Almaklum le banyak PROJEK. Asal jumpa hubby aku tak de le soalan lain nak ditanya...soalan cepu emas.... Apa Projek sekarang?

Dah selesai bergambar ibu bapa bersama anak..tibalah giliran ibu bapa bersama anak menantu & cucu.... yang ni pun letih juga nak senyum... nak-nak pulak tu kalau camera h/p jenama cam ayam.Boleh cari tak aku kat celah mana?????