Sunday, April 14, 2013

KELAS MEMASAK




Saya mengikuti kelas memasak anjuran Kolej Komuniti di Shah Alam,



Alamak, lepas ni kena beli oven macam ni kata cikgu








Saturday, April 6, 2013

Ke Ikea kita....

23/03/2013
Sementara anak anak di Kidzania, aku dengan hubby jenjalan le ke Ikea, sekadar mencari idea.
 Tak beli apa apa pun.. ambik 2 gambar ni je la..
Agak agak boleh ke buat kat rumah aku... satu hari nanti.. mungkin.. siapa tahuuu...
Doakan sahaja...

Sunday, March 31, 2013

MENERUSKAN TRADISI KECEMERLANGAN

SAMBUTAN HARI POLIS 206


Harian Metro 26 Mac 2013
Pergh... Ayat tetap nak jadi polis.. ye ke?..
He he he he Inilah kenangan aku bertugas di PDRM... aku berbangga sewaktu di Putrajaya, bertugas di Jab Standard Malaysia, aku menerima Anugerah Pekerja Cemerlang.
Tradisi itu aku teruskan di PDRM, aku menjadi agen perubahan NKRA, melaksanakan agenda negara.

Utusan Malaysia 26 Mac 2013
Bangga ko masuk paper... yezzaaah.
Tapi bukan itu yang ku cari. bagiku adalah kepuasan melaksanakan amanah yang diberikan.
Jika dihargai, maka itu hanya bonus...

Namun, kemeriahan sambutan kali ini amat sederhana kerana mengingati wira wira negara yang terkorban akibat peristiwa Pencerobohan di Lahad Datu.

Terima kasih perwira bangsa...

Sunday, March 24, 2013

KIDZANIA

23/03/2013

Saja nak bawa anak anak gi jenguk jenguk apa yang ada di Kidzania ni
Sambil tu, bawa lah juga anak jiranku seorang. Mak dia sedang "mabuk" / kurang sihat... maka aku bawalah anak dia sbg hadiah naik kelas...


Aku minta hubby belikan tiket online, pastu awal pagi kami dah sampai di Kidzania tu.

Tu pun dah ada 4 keluarga di depan kami..oklah tu..
 Zaim sedang beratur....
Budak bertiga ni "bekerja" di sana dan dapat 120 Kidzo..


Kalau nak tengok lebih banyak gambar, sila ke FB..






Saturday, March 16, 2013

Bihun Goreng Singapore




Hari ni aku nak masak bihun goreng singapore...atas permintaan jiran aku untuk portluck malam ni...bahan-bahan yang aku gunakan mengikut citarasa aku...cara yang paling mudah dan sedap (ni jiran aku la yg kata sedap, hihihihi...)...jom masak...


Bahan-bahannya

  • Bihun - rendam 2 atau 3 jam
  • *1 ketul kiub ayam
  • *2 biji bawang besar
  • 1 sudu lada hitam/putih - tumbuk
  • ayam agak-agak ikut banyak mana bihun
  • *ikan bilis
  • carrot / kobis / cendawan
  • garam

Bahan-bahan yang bertanda  * tumbuk tapi kalau malas macam aku, blender je lagi senang...





Tumiskan bahan yang di blender sehingga wangi masukkan ayam...kacau-kacau yer...nanti hangit la pulak, masukkan bihun yang dah direndam tadi... kalau bihun tu kejang semacam jer.. campur air lagi...rasa garam cukup tak....masukkan lada hitam / putih..sayur jangan lupa, aku suka masuk sayur selepas bihun...masukkan carrot / kobis dan cendawan...

Dah siap bihun goreng singapore...senangkan...kalau nak cantik buat telur dadar potong halus...dan taburkan di atas bihun...
nak sedap lagi masa makan campur dengan cili potong + kicap atau cili jeruk...perhhhhh

Inilah hasilnyaaa.......



Thursday, March 14, 2013

NUFFNANG

Nuffnang oh nuffnang...
Awal tahun dulu RM3.++
sekarang baru RM4.15.. bila la nak dapat RM50.


Wahai rakan rakan, jenguk jenguklah blog aku....
Aku tau kalau nak bagi banyak hit, masukkan je posting posting politik.. 
tapi apakah perlu? Nanti bila kita post bab politik ni banyak yang salah faham sebab aku tahu sgt kefahaman masyarakat Malaysia ni....

17 JANUARI SAMSUNG SERVICE CENTER

Tujuan datang adalah untuk membaikpulih telefon bimbit anakanda sulungku... Malangnya benarlah seperti mana tip tip yang ditulis di Foursquare... terlalu lama menunggu...Dahlah tu, panas pulak..... Yang best cuma 1... dapat minum free... Yezzah.. Lagi lama aku duduk menunggu, makin banyak anakku Aiman Zaim minum.......


11 JAN 2013 - DEMC

 Sekadar menemani suami..... disyakki tirod, but finally hanyalah virus sahaja.....
Akibat kelewatan doktor, maka diberilah vaucher ini, minum free... Teh O dgn kuih sebiji....
apa apa je la...
Kira rasuah ke ni


Sunday, March 3, 2013

Final touch

09 Feb 2013 Last pic di JSJK. wp aku dah pindah, Boss lama tetap minta siapkan kerja...ni kira dah habis la ni.... 
 Biasanya ni bukan tempat parking aku.. boss besau je boleh parking sini, tp hari ni last day and public holiday, boleh le aku park kat sini, 
Sekadar mengabadikan untuk kenang kenangan

BABY BARU

28 Jan 2013...
Ake ke Hospital Sungai Buloh.
1st pic
Tujuan ziarah bapa saudaraku Kanang (telah kembali ke rahmatullah pada 05/02/2013 yang lalu, Al Fatehah), tp bukan Kanang Anak Langkau 
 Aku juga sempat menjenguk anak saudara baru ku....Aisye Adelia Zahrunnahar.

Wellcome......
Ini adalah gambar gambar pertama yang diambil sebaik dia lahir ke dunia.
Orang lain, malah ibunya pun belum tengok, kami dah dapat kiss dia dulu, sbb ibunya masih  belum sedar sepenuhnya akibat ubat bius pembedahan.....

Thursday, February 7, 2013

KURSUS JENAZAH

Kursus ini diadakan pada 11 Julai 2010 yang lalu
Cuba teka siapa model itu...?

SEE YOU IN COURT - PDRM-Bye, bye, bye-Selamat Tinggal

Alhamdulillah....
Tahun ini aku terpilih sebagai Juara Penuh Disiplin PDRM
Ketika aku menghadiri pencalonan untuk peringkat Kebangsaan, rupanya surat permohonan pindahku sudah sampai di Pejabat.
Yesssss...
Akhirnya aku dapat jua aku keluar dari IPK Selangor ini, bukan aku tak suka bertugas di sini, cuma dugaannya terlalu hebat.
Paling syok, aku berpeluang bertugas di Pusat Kawalan IPK PDRM ketika KL112.
Hari ini, aku melangkah keluar..... Terima kasih kepada rakan rakan sepejabat di Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, IPK Selangor., terutamanya Kak Rini, Nor, Ayu, dan lain lain (Sekadar menyebut beberapa nama) Begitu juga kpd bos bos spt Tn Shakri, Hashim, Razak.... InsyAllah anda semua ada dalam ingatan saya. My last word to you all.. SEE YOU IN COURT.... ha ha ha ha.. sebab apa, sbb aku pindah ke Mahkamah Persekutuan... Jangan Marah bro...

Sunday, January 27, 2013

 Ini Zaim dan Zarith di Underwater World Langkawi






 Tertunai hajat anak anakku untuk melihat Pinggu...



Breakfast Station,
 Saya syorkan anda yang ke Pantai Chenang, bersarapanlah di sini. Harganya murah, terletak di hadapan Mc Donald Teluk Chenang, dekat dengan Underwater World


Hotel Helang, Langkawi.

Ain Zahrah dalam Air Asia