Monday, June 23, 2008

KURSUS HOLISTIC MASSAGE




21 Jun 2008,
Teruja aku nak ikut kursus ni, Sebelum pergi aku dah terbayang mak bidan mana lah yang nak ajar aku nanti. Sepanjang perjalanan dari Putrajaya ke Banting terasa lama sangat nak sampai.. 45 minit -+ Perjalanan yang amat membosankan... sepanjang jalan penuh lori. Sampai kat Kolej pukul 8.45,,, daftar dan masuk kelass... Pehhhh!!!!! cunnya cikgu...ni mak bidan ke apa....aku pun apa lagi cari tempat yang bertentang ngan cikgu....dalam kelas baru 3 orang, peserta ada 15 orang semuanya... sementara tunggu kawan lain kitaorang interview cikgu...bertubi-tubi soalan yang keluar.. aku pun mulalah sesi soal jawab...macam biasalah soalan aku.. macam polis pencin.. tentang kecantikan dan petua...cikgu kata kalau nak, kena mintak...apa lagi dah suruh mintak...mintak le macam-macam.. aku respectlah cikgu ni senyum,, manis je orangnya macam ni punya cikgu barulah pelajaran cepat masuk kat otak...pagi cikgu ajar teori,,, petang praktikal....kitaorang di ajar cara-cara membuat persediaan tempat, kekemasan , layanan, pertuturan dan cara urutan mengikut step. Esok ada exam.. ni yang aku paling tak suka.

22 Jun 2008
Perjalanan yang semalam terasa bosan hari ni aku rasa seronok sangat,,,, maklum le cikgu cantikkkkkkkkk..8.30 dah sampai..masuk kelas dah ada 2 orang.. kelas hari ni kami buat praktikal macam nak buka spa. Sesi petang exam pun bermula... markah diambil dari segi kekemasan, keterampilan dan improvment..aku kena buat massage kat kaki depan dan perut..sambil massage cikgu tanya soalan..Nasib baik boleh jawab dan tibalah masanya cikgu mengumumkan peserta yang dapat no 1 - 3. HA! HA! Ha!..aku dapat no.2..terkejut aku dibuatnya...Cikgu bagi hadiah. Cikgu kata massage ni boleh cas kat pelanggan RM 60 1 jam. Haaaaaaa...mahalnya.Bersemangat aku dibuatnya pasni boleh le buka spa.... orang pertama yang aku urut... sapeke lagi kalau bukan hubby aku...hubby aku kata kalau dia jadi cikgu aku dapat no.1. PIIIIRAAAAAhhhh sesuka hati nak bagi no kat aku... aku tak urut lagi baru tau.

Sunday, June 22, 2008

TAEKWONDO


18 April 2008, bangga Zarith dah lulus exam grading,,,,bukan semua peserta lulus.
Boleh le pakai tali pingggang kuning....tapiiii sampai sekarang ikat tali pinggang pun tak tau.

KURSUS ASAS SOLEKAN


20 April 2008,, aku mengikuti kursus asas solekan di Kolej Komuniti Banting. seronok ikut kusus ni, dapat jumpa kawan baru dan aku diajar oleh guru yang profesional. Mula-mula kami diberi taklimat mengenai wajah dan cara bersolek, pastu seorang peserta disolek oleh instruktur, selepas tu siap leeee kitaorang pun cari pasangan dan mulalah menyolek kawan sendiri....untuk sesi petang instruktur suruh kitaorang solek muka sendiri,,,, bab yang ni aku paling suka.... toyoh muka tu jangan tak toyoh.....kalau dulu rasa tak confidency,,,, la ni boleh laaaa.

Thursday, June 19, 2008

CANTIK


Mana le perginya CANTIK,,, menangis Zarith cari CANTIk tak jumpa. puas di selak tilam, bantal kalau-kalau terselit celah tilam.. sian CANTIK camana kucing tu nak cari makanan CANTIK baby lagi.. kucing hilang pun aku dah terbayang-bayang..... macamana manusia yang bergelar ibu tak ada perasaan kasih sayang...buang anak sesuka hati..siap tinggal nota lagi...

Apam Gula Hangus


Aku baru je siap buat Apam Gula Hangus... Resepi aku dapat dari jiran yang menjual kuih ni.....3 RM 1.00....Hishhhhh!!!! laku kuih dijual....selain apam, pau dan karipap pun aku minta resepi.....1 laci resepi aku... kalau aku rajin mana-mana yang aku berkenan aku try buat. Cam biasa la, esok aku bawak pergi office bagi kawan-kawan rasa. Nak resepi ke????

Apam Gula Hangus

Bahan A
1 cawan gula - utk buat gula hangus
1 cawan Air

Bahan B
3 gelas/ cawan tepung gandum
1 tin kecil susu pekat manis
1 cawan gula
5 biji telor
1 sudu besar soda bikarbonat

Cara-caranya
masak gula hingga keperangan tuang air sedikit-sedikit (untuk mengelakkan dari terperecik kat badan, sakit ooooo)

gula, telor dan soda blend hingga gula hancur , tuang susu
gula hangus campur tepung gandum, kacau dan campur dengan bahan yang blend tadi, blen lagi sampai semua bahan sebati, biarkan selama 1 jam... masuk dalam acuan atau loyang dan kukus

Selamat mencuba.

Anak Kucing Siapa la ni...


Aku bengang betul lah, ni anak kucing sapa pulak. Kesian aku tengok. Aku suruh Zarith bawak balik bukan main suka zarith dan zaim. Petang tadi aku mandikan guna syampoo "tak pedihkan mateeee". Lepas mandi aku bagi susu tak nak le pulak....nak mati ke apa kucing ni....aku gosok-gosok kepanya terus terlelap.. laaaa ngantuk rupanya kucing ni. Aku panggil kucing ni CANTIK .... dulu aku ada kucing namanya GEBU.. Aku dah hantar balik kampung, Tapi!!!!!! gebu ni semenjak dah ada anak tak segebu duluuu.. anaknya lagi lee... aku nak bela pun tak selera, At last kena buang ngan opah....sian gebu. Tu lah pasal blog aku namanya GEBU.

Tuesday, June 17, 2008

Kuih Tepung Talam


Semalam aku buat Kuih Lapis, lupa lak nak ambik gambar. 2 kali aku buat kuih lapis baru semalam hasilnya membanggakan, dan dengan bangganya aku bawa pergi office, licin. Malam tadi aku try buat Tepung Talam , kawan aku nak belajar ngan aku, sebelum aku bagi resepi baik aku try dulu, dibuatnya aku bagi resepi minah tu buat tak jadi..... tak ke parahhhhh. Seperti biasa kawan-kawan aku jadi mangsa tukang rasa.

Tepung Talam

Lapis Atas (Bhn A)

1 Cawan Tepung Beras
2 Cawan santan
sedikit garam

Lapis Bawah (B)

1 Cawan Tepung Beras
2 Sudu Tepung Gandum
Gula Merah
1/2 Cawan Air
2 1/2 cawan santan
1 sudu gula (kalau nak rasa manis)

Cara-caranya

Bahan A campur semua kacau atas api sehingga agak pekat dan tuang kedalam loyang (sapu sedikit minyak) kukus dalam 3 minit
Bahan B, (Gula merah rebus dengan 1/2 cawan air)
campur semua bahan B kacau atas api sehingga agak pekat, tuang atas Bahan A dan kukus lagi dalam 10 minit.

Saturday, June 14, 2008

ZAHRAH


Anak aku yang sorang ni,, semenjak dua menjak ni dah pandai nak melaram. Susah hati zahrah dengan gigi dia yang terkedepan sikit, aku ingatkan bila dah buat appointmen kat Hospital Kajang, dah boleh le buat pendakap, rupanya waiting list. Aku dah ada anak dara sunti rupanya, baju, make up waimah apa saja yang aku ada semua dia nak. Asal aku nak melaram je,,,, mula le dia jelous.

AEM 7314


Kereta kedua aku selepas Perodua Kancil BGR 1293, Kancil aku jual sebab hubby aku nak beli Avanza, Rupanya hubby aku dah aim Avanza dari hari pertama dia tengok kat Banting. Aku ni memang suka berangan, mulanya aku nak beli Perdana, second hand pun jadilah,aku tengok ijan beli warna hitam. Bengang le aku ijan dah mendahului aku. Nampaknya cadangan aku ditolak, Eleh... hubby aku kata mentang-mentang ada duit. Aku balik Trolak dengar Ajura nak jual kancil, boleh aku beli kut.... tetiba Zul kata nak jual Kenari pulak. Kenari pun boleh lah. Sekarang Kenari sudah bertukar tuan, dari tuan yang bernama Zulkifli Jaafar kepada Noraini Mat Sarji... Ha, ha, ha,. Bapak aku kata cantik Kenari ni, biasalah anak sapeeee yang beli....

NO. 6 JLN BJ 1

Rumah yang dibeli pada tahun 1999.lebih kurang 2 tahun kitaorang tinggal kat rumah tu, 3 tahun sewakan dan akhirnya terjual juga pada harga RM 97,000.00.Hubby aku memang sayang kat rumah tu, Aku??? aku dah buat keputusan untuk berhijrah.

Friday, June 13, 2008

Gambar

gambar emak bapak aku,posing cantik punya.Bapak aku kalau pergi mana-mana tak pernah tinggal emak aku, kiranya kalau kat kampung Sg. Nipah semua orang tau mana ada bapak aku kat situ ada emak aku.
"jangan tinggal daku ohhh... kasih".

Sunday, June 1, 2008

BALIK KAMPUNG LAGI



31.o5.2008
Balik Trolak pergi kenduri rumah Mak njang. Tak best lah gambar tak clear, yang duduk tu anak aku, yang sebelah kanan adik ipar aku.

Cepatnya masa berlalu, anak aku dah sama tinggi dengan aku. "Mummy & daddy sentiasa mendoakan Ain zahrah berjaya mengejar cita-cita, Insyaallah".