Thursday, October 30, 2008

OPAH NGAN TOK WAN


1 Okt. 2008

Baik2 makan sup tu ye opah nanti tercekik tulang. Kalau Raya kat rumah mentua aku memang terkenal ngan sup gear box. Resepinya simple je... sama seperti sup2 yang lain cuma main campak-campak..rasa terlupa halia basuh, ketuk campak...
Bukan macam aku...siap buka buku resepi... buku resepi satu laci....dah 3 kali pindah rumah, buku resepi tu yang aku selamatkan dulu....nak buat warisan turun temurun. Nak mewariskan harta "tak ada harta"....buku resepi tu bahagi 3 orang anak...bila nak masak mesti ingat aku.

Wednesday, October 29, 2008

ANAK DARA SIAPA NI?

Aku ngan member pergi beraya kat rumah PA Timbalan Ketua Setiausaha II... Kak Meziah.. Besarnya Banglo... Sempat aku belajar soto & pegedil dng bibik kak meziah...
hemmm boleh tahan sedapnya.. perut tengah lapar...semua sedap. perencah soto sama je cuma ada daun limau purut dan biji buah pala. Biasanya aku buat soto tak ada daun limau dan buah pala. kalau nak tau sedap atau tidak try le buat yeaaa.

MERU




18 Okt. 2008


Buat pertama kalinya hubby aku memasang langsir.... mentang-mentang rumah idaman kalbu..sukale dia nak menghiasnya...jangan itu yang pertama dan terakhir dah le ye bang!..kalau boleh selalu-selalu le rajin ye!.


SELAMAT PENGANTI BARU






27 Okt. 2008


Aku baru nak adjust ambik gambar ngan pengantin ...pengantin dah lari..apa-apa pun Semoga Bahagia Hingga Ke akhir hayat buat khalid & Isteri (sepupu hubby aku)...AMIN.

OH LELAKI IDAMAN MALAYA


1 Okt. 2008



Ini lah lelaki yang ada dalam hati mummy, aku dan Lin ... Tanpa U all sapa le kami semua ni.

Satu Hari Di Pagi Raya


1 Okt. 2008


Lama dah nak posing cam ni.....

Family Ceria




Ni gambar raya 2008 di Felda Trolak Utara


2 Okt. 2008



Camni le gayanya kalau nak ambik gambar ramai-ramai ...Kalut & kecoh.

Thursday, September 18, 2008

ANGAH DIN DAN ANGAH SALMAH



10.8.2008

Yang ni pakngah dan makngah hubby aku. Abang kepada emak mentua aku..
sambut menantu yang ke 2... Semoga Berbahagia Hingga Kehujung Nyawa.

hubby dan aku wakil bagi pihak Mummy dan Abah yang tak dapat hadir kerana mummy tak sihat..
Acu Sani (Kedah)Pak Ndak Halim (dari Perlis) dan Pak Njang Suhaimi(KL)
masing-masing datang membujang......


Aku ni tak plan nak pergi kenduri
kasut, baju dan kain ..semua kakak ipar aku yang punya.
Nak berjalan pun susah.
Cam biasalah aku ni memang suka bergambar....nak buat kenangan bukan apa..

DR. GHAZALI DAN DR.NORIAH




9.8.2008

Terlupa aku ulang tahun perkahwinan Pak ngah dan Makngah hubby aku ni...
yang ke 25 tahun kalau tak silap telinga aku mendengarnya.

hari yang sama juga beliau sambut menantu Dr. Mashitah dan pasangan Dr. shukur..Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat.

Kalau lama lagi tunggu kat rumah angah ni lagi ramai le
aku jumpa Dato' Datin'dan YB..Cuma yang aku tak jumpa Dato' Sri Anwar Ibrahim dan Wan Azizah
yang ni exco Pertanian Sgr, YB Yaakob Sapari

Ezam Mohd Nor pun katanya nak datang.

malam tadi Dato' Yusni Hamid pun ada..yang ni penyanyi 70an..

BISKUT RAYA 2008

Haaa...siap juga akhirnya biskut raya aku..
panas lagi ni...
letih aku membuatnya dari pukul 8.00 pg sampai 2.00 ptg...


4 jenis biskut resepi aku cari kat internet...



Biskut Arab Cristall Ball

Biskut sarang Semut
Biskut Kelapa badam
Biskut Semperit

Dah 2 tahun aku minta oven kat hubby aku..
ada ke patut hubby aku kata..
banyak mana nak buat kuih...

Hubby aku kata bukan tak nak beli...
risau kalau beli tak mendatangkan hasil..

Tak nak beli sudah..

Nasib baik aku ada oven yang setia dengan aku hampir 20 tahun
dah umur oven ni...Tu pun kakak aku yang belikan...

Yalah.. barang dah kira antik lagi lama lagi sayang
cam suami kita jugale..makin lama,,,makin tua..bertambah sayanggggggggg.

Monday, September 8, 2008

MERU IMPIAN

6.9.2008

Hari ni kami angkut barang yang boleh dimuatkan ke dalam avanza.. kat rumah baru... dan panggil Kontraktor untuk ukur tingkap rumah. Tingkap ada 13 termasuk pintu dan sliding door. Hubby aku dah mula mengira budjet. Aku pun risau juga dibuatnya harga tak tercapai dek akal aku..

Kontraktor ni pun kalau aku tanya berapa jumlah..Asyik jawab "nanti kita kira". Abang Lan suruh letak grill wrough iron semuanya. Tapi..kontraktor tu kata "banyak sangat tu nak pasang"..Kontraktor tu pun risau tengok muka kitaorang yang tak berduit ni...Pintu dan Tingkap kitaorang letak grill wrough iron..yang tingkap lain letak grill biasa je..Setelah dikira tolak tambah jumlah RM 3800.00...

Lega kitaorang....memendangkan rumah kitaorang yang pertama memasang grill maka kontraktor tu pun nak buat promosi grill kat rumah aku sebagai contoh...

Balik rumah punya pikir hubby aku nak Wrough Iron semua tingkap di bahagain depan. Tambah lagi RM800.00 jadi RM4,600.00 Abang Lan pun excited macam rumah dia

Belum habis cerita Grill berangan pulak nak pasang kabinet dapur.....lagi pening le kontraktor tu...

Thursday, August 28, 2008

LAMBAIAN PEMENANG PERTANDINGAN MEMBACA JAWI (KETEGORI DEWASA)




27.8.2008

Bagi ketegori dewasa...kawan aku yang sorang ni disaat akhir sebelum bermulanya pertandingan..Tak kira berdiri, duduk membaca saje...Siap ada antonasi lagi.. cam pembaca berita.. nak tergelak aku ngan member-member.Confident menang..aku dah cakap kat mamat ni tahun ni je dia menang tahun depan dah ada pencabar terdekat..bukan orang jauh belakang kerusi dia. jangan takut le, kalah dalam tangan. Siapa yang kalah? aku kot..

Tak sia-sia kamarul berlatih membaca..akhirnya kemenangan ditangannya..dengan penuh bangga Kamarul melambaikan tangan kepada peminat-peminat yang datang memberi sokongan. VOTE KAMARUL... TAHNIAH.

PERTANDINGAN MEMBACA JAWI DI KPPK (KETEGORI KANAK-KANAK)



21.8.2008

Pertandingan membaca jawi..Zahrah awal lagi dah cam giveup..Zarith relax je..over confident..aku tinggalkan anak aku kat library KPPK.. biarlah kawan aku yang uruskan.

Zarith dapat no. 3..kalau kalah sah-sah disalahkannya aku sebab suruh dia masuk..bila menang,,,tanya pulak tahun depan ada pertandingan lagi tak?..tu lah anak..
Walaupun dapat No. 3..bab mengutuk ayongnya serah kat dia.. siap ambik gambar ayong yang tengah tension membaca...tak sabar-sabar nak buat laporan dan tujuk kat aku. Kawan aku kata Zarith baca relex je..salah pun dia layaannnn...tapi bila aku tanya dengan bangganya "Zarith baca lancar mummy...tak salah ejaan pun".


Ayong seperti yang aku jangka gabra...kawan aku pun kata nampak sangat asyik nak pergi toilet. Tak pe lah yong kalah menang bukan ukuran yang penting dua-dua anak mummy dan dua-dua nak tunjuk kat mummy dia adalah yang terbaik. Mummy sentiasa mendoakan semoga menjadi anak yang SOLLEH dan SOLEHAH (AMIN). Walaupun kadang-kadang sampai bergaduh..naik angin aku satu badan.

PETROSAINS SURIA KLCC

23.8.2008
Hari ini Hubby dan aku dah janji ngan anak-anak nak pergi Petrosains...kenalah tunaikan. Aku dah book tiket pada hari Rabu.


Book pukul 11.00 pagi..terpaksa tukar waktu ke pukul 2.00 ptg. Pada hari yang sama hubby dan aku kena Tandatangan Aggrement rumah kat MBSB Klang. Refer My dream Home blog sblm ni

Seperti biasa sebelum pergi ke tempat yang dituju...MAKANNNN. Hari ni hubby bawak anak-anak makan kat kedai Mak Cik aku di Bangsar. Jimat duit katanya.

1.15 ptg sampai je kat KL CC ambik tiket...tu yang lebihnya bila dah booking awal tak perlu beratur beli tiket. Menggelisah anak-anak aku tak sabar nak masuk Petrosains. Lagi sekali aku merasa bangga menjadi rakyat Malaysia...tak payah pergi jauh-jauh..Di Kuala Lumpur ada segala-galanya.

TENGOK BUNGA API LE PULAK

20.08.2008

Malam ni nak tengok Bunga Api dari negara Canada,,,tahun lepas kitaorang tak pergi. Tengok kat balkoni je.. tahun ni rasanya kena perge le..aku ni bermastautin kat Putrajaya...aktiviti kat sini pun aku tak pernah pergi...sian Dato' Sri Tengku Adnan Tengku Mansur dapat rakyat cam hubby dan aku..Kakak aku yang tak kerja tu pun lagi tau dari aku..tak payah aku baca news paper,,,tanya je kakak aku dia akan terangkan dengan detail kat aku...nak tergelak pun ada kadang-kadang. Kelam kelibut aku masak abang Lan nak datang. Siap je masak abang aku pun sampai...apa lagi perut dah lapar takkan nak pandang je lauk atas meja...SERAAAANGGGGG!!!.

8.30 mlm

Mak oi!!! ramainya orang aku ingat kitaorang yang paling awal...rupa-rupanya ada yang duk berkelah...Bagus kerajaan buat semua ni tak payah bercuti ke Luar Negara..Semuanya ada di Malaysia..Pehhhh!!!! cam Iklan le pulak

10.00 mlm

Berdentam dentum Bunga Api macam bunyi bom...takut pun ada macam negara perang..Zaim tak bergerak...takut agaknya dengar bunyi Bunga Api..kat Palestin tu cammanalah diorang...kesian..jadi bahan kerakusan yahudi..Ya ALLAH! selamatkan rakyat Palestin yang tidak berdosa..(AMIN). .

KL TOWER


19.8.2008 (Selasa)

Hari ni plan nak pergi Suria KLCC nak pergi Petrosains...cuti sekolah bawa anak-anak pergi jalan-jalan kat KL. Hampeh,,, sampai kat Petrosains dah pukul 4.30 ptg...kaunter dah tutup.Pegawai khidmat Pelanggan suruh kami call untuk booking sebab orang terlalu ramai cuti sekolah...iyeee esok aku call.

Pergi lak kat KL TOWER...elok le tu dah nak malam boleh tengok keindahan Kuala Lumpur. Selamat duit tiket...angah (anak Pak Su Bahrin) kerja kat sini. Angah jadi Tourist Guide.

Ramainya Pak ngan Mak Arab...yang kitaorang tak tahan keharuman baunya mencucuk-cucuk hidung...kalau bau sate ok gakkk...Kagumnya anak aku tengok keindahan dan ketinggian KL Tower..selaku "tourist guide" angah pun memberikan penerangan apa yang dia tau..menurut kata angah KL Tower mempunyai ketinggian 415m di atas paras laut. Fui yo!!!! tinggi tu...Sebagai warganegara Malaysia aku berbangga menjadi salah seorang rakyatnya..

Tapikan kalau tanya hubby dan aku apa yang menarik kat KL Tower...tak de mendanya..cantik lagi aku berdiri dihadapan balkoni rumah aku yang tingginya 15 tingkat,,,boleh nampak bunga api lagii.....dan lagi.

Thursday, August 7, 2008

KEMENTERIAN PERLADANGAN PERUSAHAAN DAN KOMODITI



16.7.2008

Hari pertama aku di KPPK,, macam ok je parkir pun banyak... senang aku nak ambik Zarith tak perlu berebut parkir ngan orang lain. Hari kedua aku masih tak de penempatan lagi. Melepaklah aku kat Lebbry bersama dengan Ketua Pen. Pengarah yang dah 1 Minggu lepak kat library tak dapat penempatan lagi... aku rasa habis dah buku dibacanya.Hari ketiga, empat dan kelima aku diarah turun oleh Setiausaha Bahagian PSM(SUB). Aku ingat bila dah turun dapat le surat penempatan...Rupanya setakat duduk je kat PSM, Tensionnya aku tak tau nak cakap... nak cuti pun tak boleh.

Terima kasih wanis, roslina dan abang Sawal sekurang-kurangnya email korang menenangkan hati aku. Aku hargai semua tu...Duduk lah aku di PSM .

Friday, August 1, 2008

KENDURI AQIQAH DAN MAKAN DURIAN

19.7.2008


























Tumbang seekor lembu untuk Aqiqah Zahrah dan sepupu-sepupunya...
Hari kenduri daging lembu ni kami masak daging masak hitam...Sedap kata kawan emak aku..Bahan untuk memerap daging yang sebanyak 2 besen ni...kak Ru (kakak aku) dan Kak Baiyah(kakak Ipar aku)
yang sediakan dari rumah masing2..
Aku cuma tolong gaul jeeeee...Emak aku tolong tengok..

Kalau boleh daging lembu ni dari mula sampai proses memasak kak Ru dan kak baiyah yang nak buat...
Tapi...ye lah..nak buat camana..datang mak cik aku.......selamatttt.


20.7.2008



















Selesai Kenduri cari pulak buah durian...

Ni lah 2 orang abang aku...kalau bab makan durian tak ingat isteri..tu belum kena ikan keli bakar....Yang isteri-isteri ni tunggu le kat rumah sambil menggelap pinggan mangkuk.

Yang tak tahan tu siap pesan " tak payah le ikut tunggu kat rumah je"..kak ipar aku nak ikut..nak tolong kutip buah durian..tapi baju tak de.. Aku pesan senang je "kalau nak ikut tak payah susah-susah nak pakai baju apa.. pakai kebaya, kasut tinggi pun boleh sebab buah durian dalam bakul bukan bawah pokok".. kerja mengelap pinggan pun tak selesai lagi..

Wednesday, July 23, 2008

USTAZ JAIS KAMUS SAMBUT MENANTU



20.7.2008

Aku dan hubby pergi majlis walimahtulurus anak lelaki dan perempuan Ustaz Jaiz dan kak Nafisah di Taman Keramat, Kuala Lumpur.
Kitaorang sebenarnya dah lost contact ngan Ustaz jais sebab Ustas pindah Ke Kuala Lumpur.... Dulu hubby aku ngan Ustaz Jais ahli ABIM. Jumpa semula bila hubby aku di BIMB Putrajaya Ustaz kat JAKIM Putrajaya. Bersemi semula persahabatan yang terputus.

10 tahun yang lalu kecik lagi budak-budak ni, berhingus.... la ni boleh tahan cunnya...
tengah aku tercari-cari tempat duduk nak makan,,,,, tak sangka pulak jumpa kak Normah dulu di Pejabat Pelajaran Sg. Besar,,,dah 2 tahu pencen. Cepatnya masa berlalu... bersembang je sampai aku nak makan pun tak kenyang....
Ustaz pun rambut dah macam Sultan Azlan. Agaknya hubby aku 10 tahun lagi cam tu le jugak rambutnya.... Rambut Aku???????.

Semoga persahabatan ini akan berkekalan. AMIN

Saturday, July 12, 2008

My Dream Home






ini lah rumah yang hubby dan aku nak beli, dengan keluasan tanah 35 x 85 dan keluasan rumah 25 x 55. Rumah ni dah siap pada tahun 2006 RM 198,000.00. Dulu kitaorang tengok rumah ni tak cantik langsung dengan jalan yang bertanah merah tak de hati nak beli.

6.7.2008,
kitaorang nak pergi rumah abang Lan saja singgah tengok rumah contoh... siling Kaca Lepa(Plaster Ceiling), punca lampu 30 unit (beserta Down Light). Menarik ni... Harga RM 240.000.00 sekeruti tu katalah... tak jadi beli mahal tuuu.... hubby aku macam nak beli, call orang yang jaga projek ni dia kata RM 215,000.00. Terus booking sebab tinggal 3 lot sahaja. aku 50-50. Nampaknya aku kena berjimat.... kurangkan pergi berjalan-jalan... duduk rumah aja. Boleh ke?????. Hubby aku tanya "macamana nak beli ke tidak"? Aku dan hubby ronda-ronda lagi tengok rumah lain... manalah tau ada lagi yang lebih murah dan cantik. Sebenarnya aku berkenan rumah sebelah abang aku sebab keluasan tanah yang luas. Jiran abang aku ni tahun lepas nak jual rumah RM 230,000.00. Disebabkan rumah kitaorang kat Sungai Besar tak laku lagi tak jadi le beli . Aku minta abang aku bodek En. Sam untuk jual lagi... heemmmm dia dah tak nak jual sebab rumah tu dah ada penyewa...Alasan le tu.. nak jual pun pada harga RM 260,000.00. giler ke apa. Abang lan call aku tak bagi beli, mahal sangat... abang aku pun tau kitaorang tak mampu.





9.7.2008
abang lan call, minta hubby comformkan rumah jadi beli tidak... abang aku ni, hubby aku yang nak beli dia yang excited. Macam-macam le bang lan pesan... beli jangan tepi tiang lampu dan pili bomba. aku yee je... maklum le akukan adik... abang lan tak nak kitaorang rugi beli...




13.7.2008
Pergi lagi kat rumah tu...Jumpa En. Sukindra staff projek.. nak conform rumah dan nak bayar deposit. Abang Lan, kak baiyah dan mak mentuanya pun datang... abang aku siap pesan kat En. Sukindra.... "tolong cuci dan kemaskan dalam rumah dan Jubin tempat letak kereta tu tolong kikis bekas-bekas cat dan bagi kimia pencuci jubin" . Aku tinggal cuci sikit-sikit je... wahhhh bestnya abang aku siap pesan cam tu... akukan adik.....

Thursday, July 10, 2008

JABATAN STANDARD DALAM KENANGAN







15.12.2003 - 15.7.2008
Akhirnya bertukar juga aku dari Jabatan Standard Malaysia Cyberjaya Ke Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komuditi Putrajaya, banyak kenangan aku bersama JSM . 30 May 2007 aku diberi Anugerah Perkhidmatan Cemerlang. Terima kasih kepada kawan yang banyak memberi tunjuk ajar.

waaaaa!!!!!!!! sedihnya, aku mohon tukar sebab nak hantar zarith pergi dan balik sekolah, awal tahun 2008 aku dah serah tugas pada kak Anita untuk ambik dan hantar sekolah, balik rumah maid jiran aku pula yang uruskan. Hari jumaat boleh pergi Jaya Jasco ngan kawan-kawan. Impian ku punah...musnah.


Dapatle 3 bulan Kak Ani menjalankan tugas dengan jayanya tetiba pada jam 11.30 am aku dikejutkan dengan SMS yang " Zarith kerap tak bawa buku dan tak siapkan kerja sekolah". Aiiii.... memang nak kena budak ni,,,, Cikgu siap pesan" jangan marah mesti budak ni ada masalah". Ye lah tu... dengan lemah lembut bercampur geram tahap GABAN, aku pun tanya apasal tak siap kerja sekolah? Ada masalah? Aku rasa, aku yang bermasalah ... pas ni nak kena ambik dan hantar. Hubby aku tentu le tak boleh ambik, dia dah kat bangsar. Rupanya Zarith tak suka mak cik ani ambik, sebab lambat sangat., Bertuah punya anak. Kenalah aku ambik balik semua tugas mengambil dan mengurus anak. Tapi dengan beberapa syarat:- 1. kurangkan masa tengok TV, 2. Basuh kasut , 3. Iron baju sekolah, 4. baca yassin setiap hari jumaat dan mengikut arahan dari masa kesemasa. Syarat itu berkuatkuasa dari tarikh SMS cikgu hantar.



Cikgu Wan denda Zarith duduk tengah depan mata cikgu diapit dengan 2 orang murid perempuan dan kena ajar pengapit ni sampai pandai. hubby aku senyum jeee... nak ketawa dengar cerita Zarith kena apit 2 orang wanita. ketawa kena control sebab tak nak zarith tau, nanti banyak le dia punya songehhhh!!!!. Semenjak itu Acik Ani jadi le kawan aku aerobik dan menjual pelbagai jenis kuih frozen. Kena le beli.

Atas alasan itulah aku mohon bertukar....dengan muka poyo aku jumpa Ketua Pengarah .... dengan bahasa shahdu lagi merdu, aku menyuarakan hasrat dan berharap KP luluskan. 9.4.2008 aku hantar surat,23.6.2008 aku dapat surat dari JPA.... YAhooooooooo!!!!!

Gembira bercampur sedih, tak ramai yang tahu aku nak bertukar.... aku pun tak nak mewar-warkan, aku ni sentimantel value juga orangnya. Aku berharap ditempat baru nanti suasananya seperti di JSM.